
LONDON: Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Aston Villa menganjurkan Iftar Terbuka pertamanya, acara komuniti semasa bulan puasa Ramadan di United Kingdom, di stadium yang terletak di Villa Park.
Beratus-ratus orang berkumpul di Villa Park di Birmingham pada Rabu (5 Mac), waktu tempatan, sebagai sebahagian daripada acara itu, yang diadakan dengan kerjasama, badan amal kelab itu, Villa Foundation dan Ramadan Tent Project, sebuah badan amal yang memenangi anugerah yang ditubuhkan pada 2013, lapor Anadolu Agency.
Sebelum berbuka puasa, azan telah dilaungkan melalui sistem pembesar suara secara langsung di Villa Park tersebut.
Berucap pada majlis itu, pengasas Ramadan Tent Project, Omar Salha berkata projek itu telah menghubungkan lebih setengah juta orang dari semua latar belakang melalui Festival Ramadan tahunan dan inisiatif utama majlis berbuka puasa sejak sedekad lalu.
“Daripada taman awam dan dataran, ke mercu tanda yang paling digemari, budaya dan ikonik di Britain, galeri, muzium, tempat ibadat dan stadium sukan, kami berbangga untuk mempamerkan bahawa Ramadan terbuka kepada semua orang dan menjadi tuan rumah kepada komuniti masyarakat,” katanya.
Aston Villa telah menjadi kelab bola sepak keempat di UK yang menganjurkan Iftar Terbuka pada tahun ini selepas kelab Liga Perdana, Chelsea dan Brighton & Hove Albion, serta kelab liga, Queen’s Park Rangers.
Ketua Pegawai Eksekutif Aston Villa, Christian Purslow menghantar mesej video ke acara itu sebelum majlis berbuka puasa, mengatakan mereka gembira untuk menjadi tuan rumah Iftar Terbuka pertama kelab itu dan menyampaikan ucapan selamat datang kepada masyarakat Islam di sekitar Villa Park.
“Kami berbesar hati untuk membuka pintu kami dan membolehkan anda berbuka puasa di Kelab Bola Sepak Aston Villa,” katanya,
Ramadan bermula pada 23 Mac dan akan berterusan hingga 21 April, hari pertama Aidilfitri yang menandakan berakhirnya bulan tersebut.
Terdahulu, Ramadan Tent Project dalam matlamatnya menyatukan masyarakat dan menyebarkan semangat bulan suci Ramafan melalui pelbagai inisiatif itu berkata sebelum ini bahawa ia akan mengadakan acara iftar di 10 bandar di seluruh UK sepanjang Ramadan kali ini. – HARAKAHDAILY 6/4/2023




















