Wanita ditahan suspek kematian blogger Rusia akibat bom

Darya Trepova (kiri) telah ditahan pada 3 April 2023 disyaki ada kaitan dengan pembunuhan Vledlan Tatarsky dalam kejadian letupan bom di St. Petersberg, Rusia pada 2 Mac 2023. (FOTO: Arab News)
- Advertisement -

MOSCOW: Kerajaan Rusia telah menahan seorang wanita muda pada Isnin (4 Apr) susulan kejadian letupan di sebuah kafe di St. Petersberg pada Ahad yang meragut nyawa membunuh penulis blog (blogger) tentera Rusia, Vladlen Tatarsky dan mencederakan 30 yang lain.

Rusia mendakwa serangan pengeboman itu didalangi oleh Ukraine dengan bantuan penyokong pengkritik Kremlin yang dipenjarakan Alexei Navalny, manakala Ukraine pula menyalahkan pergaduhan domestik Rusia, lapor Arab News.

- Advertisement -

Pembunuhan Tatarsky yang merupakan penyokong berprofil tinggi serangan Moscow ke atas Ukraine itu berlaku selepas Darya Dugina, anak perempuan seorang intelektual ultranasionalis terkemuka, terbunuh Ogos lalu dalam pengeboman kereta di luar Moscow yang turut menuduh Ukraine sebagai dalang kejadian.

Kedua-dua Jawatankuasa Siasatan Rusia dan Jawatankuasa Anti-keganasan Kebangsaan berkata aktivis pro-Navalny berada di belakang serangan terbaharu itu.

Jawatankuasa Penyiasatan telah mengeluarkan video penangkapan Darya Trepova, 26, yang dikatakan ‘memiliki pandangan pembangkang dan merupakan penyokong Yayasan Anti Rasuah’ merujuk kepada organisasi Navalny.

Rakaman yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penyiasatan menunjukkan seorang wanita muda berambut perang menaiki lif dengan beg pakaian dan kemudian dibawa masuk ke dalam bilik oleh lelaki berpakaian seragam gelap.

Kementerian dalam negeri Rusia juga menerbitkan video Trepova yang  mana dia didengar mengatakan dia membawa patung yang meletup ke kafe St. Petersburg itu.

Dalam pada itu, pemerhati politik berkata serangan pengeboman itu boleh digunakan untuk mewajarkan tindakan keras selanjutnya terhadap pengkritik serangan Moscow di Ukraine.

Sementara jurucakap Navalny, Kira Yarmysh berkata, serangan itu juga boleh digunakan untuk menuduh ahli politik pembangkang yang dipenjarakan itu melakukan jenayah baharu.

“Alexei (Navalny) tidak lama lagi akan dibicarakan atas dakawaan ekstremisme,” ujar Yarmysh, sambil menambah bahawa Navalny berhadapan hukuman penjara selama  35 tahun jika sabit kesalahan.

Kremlin mengecam apa yang disifatkannya sebagai ‘serangan pengganas’ dan berkata  ‘terdapat bukti… bahawa perkhidmatan khas Ukraine mungkin berkaitan dengan organisasi terancang kejadian’.

Tatarsky, yang nama sebenarnya Maxim Fomin, dilaporkan terbunuh selepas menerima sebuah  patung kecil yang dipercayai mengandungi  dengan bahan letupan semasa mengadakan ceramah di hadapan sekurang-kurangnya 100 pengunjung kafe, Street Food Bar No. 1, yang terletak di sepanjang Sungai Neva tidak jauh dari pusat bandar bersejarah St. Petersberg itu.

Lelaki berusia 40 tahun itu, yang berasal dari wilayah timur Ukraine Donetsk, berjuang bersama pemisah pro-Kremlin dan kemudian menjadi blogger tentera popular dengan setengah juta pengikut di media sosial.

“Putin pernah menganugerahkan anugerah tertinggi, Order of Courage, kepada Tatarsky dengan menyebut ‘keberanian dan keberaniannya (Tatarsky)  yang ditunjukkan semasa tugas profesional,” kata satu dekri Kremlin pada  Isnin.

Sementara Alisa Smotrova, yang turut berada di dalam ketika kejadian memberitahu AFP

“Mereka meletakkan (patung itu) di suatu tempat di belakang tanpa berfikir panjang… dan tiba-tiba berlaku letupan. Terdapat darah dan serpihan kaca,” katanya.

Ketua kumpulan separa tentera Wagner, Yevgeny Prigozhin, berkata tempat itu pernah menjadi miliknya.

Prigozhin berkata di media sosial bahawa dia memberikan kafe itu kepada gerakan patriotik Cyber Front Z  yang telah menganjurkan pelbagai seminar di situ.

Cyber Front Z yang melabelkan gerakan itu media sosial bahawa sebagai ‘tentera maklumat Rusia’ mengakui telah menganjurkan ceramah yang dihadiri Tatarsky dan kira-kira 100 pengunjung itu. – HARAKAHDAILY 4/4/2023

- Advertisement -