Dewan Rakyat: ‘Fahmi Fadzil cuba beri gambaran silap’

Wan Saiful memberikan komen terhadap Fahmi melalui hantaran Facebooknya pada hari ini, 4 April 2023.
- Advertisement -

Rakan saya (Menteri Komunikasi dan Digital) YB Fahmi Fadzil cuba memberi gambaran yang silap mengenai sesi soal jawab di Dewan Rakyat. YB Fahmi berkata:

“Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri diadakan setiap Selasa. Ini peluang terbaik Pembangkang bangkitkan soalan, berdepan, dan bersemuka dengan Perdana Menteri.

”Untuk pengetahuan semua, sebenarnya semasa slot Pertanyaan Perdana Menteri, hanya MP (Ahli Parlimen) yang disebut oleh Speaker saja boleh bertanya soalan. Yang lain-lain tak boleh bertanya apa-apa. Dan Speaker hanya benarkan satu soalan tambahan daripada penyoal asal, serta satu lagi soalan tambahan dari pihak satu lagi. Amat jarang bilangan penyoal ditambah.

- Advertisement -

Maksudnya, kalau giliran saya tanya soalan asal, hanya saya saja dari sebelah PERIKATAN NASIONAL (PN) boleh tanya satu soalan tambahan, dan hanya seorang lagi dari kerajaan boleh tanya satu soalan selepas soalan saya. MP lain tak boleh. 

Alangkah baiknya kalau sesi ini diperbaiki supaya jadi seperti PMQ Westminster yang mana Ketua Pembangkang wajib diberi slot untuk menyoal PM (Perdana Menteri)?

Jadi janganlah beri gambaran seolah-olah dalam slot Pertanyaan Perdana Menteri ini, Ketua Pembangkang atau Ketua Parti boleh turut serta dalam tanya soalan. Tak boleh pun sebenarnya. Jangan spin ke arah persepsi yang salah.

Tambahan lagi, setakat saya lihat, Perdana Menteri banyak mengelak dari beri jawapan penuh atau Perdana Menteri tak tahu jawapan penuh. Banyak yang meleret-leret tanpa fakta tuntas. Ada masa sebut nama Akta pun tak jelas. Ayat pun kadang kadang cacamerba.

Jadi, sebenarnya yang perlu diberi perhatian ialah kualiti jawapan daripada Perdana Menteri. Kalau kualiti jawapan Perdana Menteri rendah, maka minat orang nak mendengar pun pasti rendah.

Dan kalau YB Fahmi mahu mainkan isu kehadiran, cuba tengok gambar yang saya ambil baru sekejap tadi di bawah. Semasa YB Anthony Loke berucap, seluruh blok kerusi beliau kosong. Kosong terus. Tak mahu ulas mengenai kehadiran kerajaan ke?

WAN SAIFUL WAN JAN
Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu – HARAKAHDAILY 4/4/2023

- Advertisement -