
ATHENS: Seramai kira-kira 12,000 penunjuk perasaan mengadakan protes terbaharu baharu di Greece menuntut keadilan bagi mangsa nahas kereta api paling maut di negara itu dua minggu lalu.
Polis berkata bahawa lebih 8,000 orang di Dataran Syntagma di ibu negara Greece, di sini, pada Ahad (12 Mac), waktu tempatan, di tengah-tengah kemarahan yang semakin meningkat terhadap kegagalan keselamatan yang membawa kepada berlaku pertembungan di landasan yang sama antara kereta api penumpang dan kereta api barang yang mengorbankan 57 orang pada 28 Feb lalu, lapor Euronews.
Penunjuk perasaan mengibarkan sepanduk bertulis: ‘Kami tidak akan lupa, kami tidak akan memaafkan’.
Di Thessaloniki, bandar kedua terbesar di Greece, kira-kira 5,000 orang berdemonstrasi, mendengar ucapan dan menjerit slogan, antaranya, “Kami akan menjadi suara untuk semua yang mangsa yang meninggal dunia.”
“Ia adalah landasan kereta api maut,” kata seorang penunjuk perasaan.
“Mereka (pihak berkuasa kereta api) tahu mengenainya dan tidak melakukan apa-apa. Mereka tidak mengambil sebarang langkah dan ‘menghantar’ 57 orang kepada kematian mereka,” tambahnya.
Perhimpunan Ahad, yang berlalu tanpa insiden serius, bagaimanapun mengumpul jumlah penunjuk perasaan yang sedikit berbanding pada awal minggu lalu, apabila lebih daripada 30,000 telah hadir di Athens dan lebih daripada 20,000 di Thessaloniki; yang mana polis berkata empat orang telah ditahan di Athens.
Seorang ketua stesen yang tidak berpengalaman yang dituduh dengan cuai mengarahkan dua kereta api bergerak melalui landasan yang sama telah didakwa atas pembunuhan dan kesalahan lain; sementara enteri pengangkutan Greece dan pegawai kanan syarikat kereta api terbabit meletak jawatan sehari selepas nahas itu.
Pendedahan tentang sistem keselamatan yang serius di landasan kereta api paling sibuk di Greece telah meletakkan kerajaan kanan Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis dalam keadaan goyang namun bertahan; dan beliau telah menjanjikan kerjasama penuh kerajaan dengan siasatan kehakiman terhadap nahas itu.
Pilihan raya Greece dijadualkan lewat musim bunga ini dan tinjauan pendapat yang dikeluarkan sejak minggu lalu telah menunjukkan peneraju konservatif yang memerintah ke atas pembangkang berhaluan kiri menyusut hampir separuh berbanding tinjauan yang diterbitkan sebelum kemalangan itu. – HARAKAHDAILY 13/3/2023




















