PH-BN dinasihat supaya hormati semangat Federalisme

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa cukup kesal dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang mencabul semangat Federalisme dengan menyekat penyaluran royalti 5 peratus sumber petroleum secara terus kepada kerajaan yang memerintah Terengganu dan Kelantan.

Tindakkan bacul ini adalah satu manifestasi balas dendam yang maha zalim yang hanya mementingkan kemenangan dalam politik semata-mata dan menafikan hak rakyat yang diperintah oleh pembangkang.

Kononnya keputusan menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan adalah kerana risau ketirisan akan berlaku. Persoalannya, bukankah agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan PDRM ada bagi mengawal kejadian itu? Adakah Kerajaan Persekutuan tidak mempercayai mereka?

Sia-sia sahaja, pimpinan PH yang pernah bersama dalam PR dahulu bersusah payah sehingga sanggup turun ke jalan raya untuk menuntut royalti tetapi akhirnya setelah memegang kerajaan lain pula jadinya.

Nampaknya slogan Malaysia Madani yang dilaungkan oleh Kerajaan PH-BN sehingga menelan ratusan ribu perbelanjaan untuk mempromosikannya dalam masa 3 bulan hanyalah sebagai kulit untuk menutup muka surat balas dendam yang sangat tebal di sebaliknya.

Dengan tekanan demi tekanan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan hari ini, Pemuda PAS Terengganu yakin gelombang kebangkitan anak muda di seluruh negara akan makin membesar dan akan menenggelamkan Kerajaan PH-BN yang angkuh dalam masa terdekat.

Kita juga yakin jika keadaan ini kekal berterusan, maka jalan raya akan sekali lagi menjadi saksi perjuangan derita rakyat di bawah rejim BN 2.0 = PH-BN.

MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 27/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -