Türkiye gesa AS luluskan penjualan pejuang jet F-16

Mevlut Cavusoglu (kanan) dalam pertemuan dengan Anthony Blinken di Ankara, Turkiye pada hari ini, 20 Feb 2023. (FOTO: Anadolu Agency)
- Advertisement -

ANKARA: Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu telah menggesa Amerika Syarikat agar  menarik balik sekatan terhadap Ankara dalam bidang industri pertahanan, dan menekankan keperluan untuk Washington meluluskan penjualan jet pejuang F-16.

- Advertisement -

Cavusoglu berkata demikian  pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara AS,  Antony Blinken selepas mesyuarat di Kompleks Presiden di sini, hari ini., lapor Anadolu Agency.

Semasa pertemuan itu, Cavusoglu memberitahu pemberita bahawa dia telah membincangkan perjanjian membabitkan AS$20 bilion yang dirancang untuk pesawat perang F-16 AS dengan Blinken, dan berkata bahawa Türkiye ingin pentadbiran AS menghantar pemberitahuan rasmi untuk F-16 kepada Kongres.

Cavusoglu berkata, angkah memuktamadkan perjanjian penjualan jet pejuang F-16 adalah bermanfaat untuk kedua-dua pihak dan menambah bahawa Ankara mengharapkan sokongan daripada Kongres untuk meneruskan perjanjian itu.

Sementara itu, Blinken berkata adalah  menjadi ‘kepentingan negara dan kepentingan keselamatan’ bagi pentadbiran Biden untuk menaik taraf F-16 sedia ada dan menyediakan yang baharu kepada Türkiye.

“Agenda memerangi keganasan adalah perkara keutamaan dalam agenda bersama Turkiye dan AS;  dan mempunyai kerjasama yang lebih berkesan dalam bidang industri keselamatan,” kata Cavusoglu. – HARAKAHDAILY 20/2/2023

- Advertisement -