Kerajaan PH-BN gagal tangani isu harga barang

Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan PH-BN gagal membuktikan kemampuan untuk menangani masalah kos sara hidup rakyat serta kenaikan harga barang setelah hampir tiga bulan mentadbir.

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan untuk mengemukakan langkah-langkah komprehensif bagi menangani isu tersebut dalam tempoh dua minggu.

“Sekarang ini dah menjangkau hampir tiga bulan, saya masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif yang diambil atau akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat ini.

“Apa yang kita dengar menteri (Menteri Ekonomi) kata kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam, kalau harga telur mahal, jangan makan telur, kalau tak makan telur, nak makan apa lagi.

“Ini bukanlah sesuatu yang rakyat harapkan sebenarnya daripada kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ujar Ahli Parlimen Pagoh itu, rakyat mengharapkan tindakan dari segi dasar, inisiatif atau intervensi tertentu bagi meningkatkan pendapatan rakyat, menyalurkan bantuan pada golongan yang memerlukan serta memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan juga dijual serta ditawarkan pada harga yang munasabah.

Katanya, insiatif kerajaan dengan memperkenalkan Menu Rahmah juga tidak begitu menyelururuh kerana hanya melibatkan jangan masa pendek dan akan memberi kesan kepada penguasaha makanan sekiranya kos bahan mentah terus meningkat.

“Saya harap dalam masa yang terdekat ini, kerajaan dapat mengemukakan langkah-langkah yang lebih konkrit dan bukan formula-formula saja dan langkah yang menyeluruh untuk mengatasi masalah kos sara hidup rakyat dan membantu golongan yang rentan,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 15/2/23

- Advertisement -