Messi seru bantu mangsa gempa Turkiye-Syria

- Advertisement -

ANKARA, Turkiye: Lionel Messi menyeru bantuan yang diberikan kepada mangsa gempa bumi di Türkiye dan Syria.

- Advertisement -

Bintang bola sepak Argentina itu pada Ahad, waktu tempatan, menggesa pengikut Instagramnya untuk membantu UNICEF, yang bertujuan khususnya membantu kanak-kanak yang dilanda gempa bumi di negara itu, lapor Anadolu Agency.

“Ini adalah hari yang sangat menyedihkan untuk beribu-ribu kanak-kanak dan keluarga mereka yang telah terjejas oleh gempa bumi yang dahsyat di Turkiye dan Syria.

“Hati saya terharu kepada mereka. UNICEF telah berusaha dalam operasi mencari, menyelamat mangsa di kawasan terbabit sejak awal lagi, terutama untuk melindungi golongan kanak-kanak. Bantuan anda amat berharga!,” tulis pemain berusia 35 tahun itu dalam instagram miliknya.

Terdahulu, Messi mendermakan jersi Paris Saint-Germain yang ditandatanganinya kepada kempen pertahanan antarabangsa Turkiye Merih Demiral, yang telah melelongnya untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa gempa bumi.

Dua hari lepas, Messi telah mengumumkan untuk menderma 3.5 juta Euro melalui yayasannya untuk mangsa gempa bumi Turkiye-Syria.

Angka rasmi menunjukkan lebih 29,600 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye dan barat Laut Syiria.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada Isnin (6 Feb) lalu, yang berpusat di wilayah Kahramanmaras, telah menjejaskan lebih 13 juta penduduk  di 10 wilayah yaang termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa. –HARAKAHDAILY 13/2/2023

- Advertisement -