Korban gempa bumi Turkiye, Syria cecah 21,000

Pemandangan dari udara menunjukkan bangunan-bangunan yang runtuh di Kahramanmaras, Turkiye pada Khamis, 9 Feb 2023. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

ANKARA: Jumlah mangsa yang terkorban di Turkiye dan Syria akibat gempa bumi dahsyat sejak Isnin (6 Feb) lalu kini mencecah 21,000.

- Advertisement -

Pegawai perubatan di Turkiye dalam kenyataannya berkata bahawa 17,674 kematian dicatat di Turkiye, manakala kumpulan penyelamat Syrian White Helmets pula memaklumkan, 3,377 orang meninggal dunia di Syria – yang termasuk 2,030 mangsa di kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah barat laut, dan 1,347 kematian di bahagian yang dikawal kerajaan di Syria, lapor The Guardian.

Sekurang-kurangnya 78,124 orang cedera di Syria dan Turkiye; manakala agensi pengurusan bencana Turkiye dalam kenyataannya berkata, kira-kira 28,044 penduduk telah dipindahkan dari Kahramanmaraş, salah satu wilayah di selatan Turki yang paling teruk dilanda dua gempa kuat bumi empat hari lalu – termasuk 23,437 menggunakan laluan udara dan 4,607 melalui jalan raya dan kereta api. – HARAKAHDAILY 10/2/2023

- Advertisement -