
DAPATAN baru menunjukkan lebih separuh daripada kes HIV baru adalah dari negeri-negeri berpenduduk ramai seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Majoriti mereka yang dijangkiti HIV adalah dari golongan orang muda yang berusia antara 20-29 tahun.
Penularan kes HIV di Malaysia bermula dari tahun 1990 majoritinya tertumpu kepada penyalahgunaan dadah (61 peratus) dan 5 peratus melibatkan kes seks berlainan jantina.
Tahun 2010 majoriti kes HIV melibatkan penyalahgunaan dadah menurun sebanyak 48 peratus dan kes seks berlainan jantina meningkat sehingga 40 peratus.
2018 menyaksikan perubahan ketara apabila majoriti penularan HIV ialah akibat seks sama jenis sebanyak 57 peratus. Penularan HIV disebabkan penyalahgunaan dadah turun sehingga 3 peratus sahaja.
Peratusan penularan HIV disebabkan seks sejenis terus meningkat pada tahun 2021.
Sepanjang 30 tahun analisa, trend penularan HIV telah berubah dari berkongsi jarum suntikan akibat penyalahgunaan dadah ke seks sejenis. Trend kes HIV akibat seks sejenis dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang.
Pada 1 Disember 2022, KKM telah bercadang memperluaskan penggunaan ubat PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dalam usaha mencegah penyebaran wabak HIV/AIDS.
Tindakan membelanjakan hasil negara yang dikutip melalui pembayar cukai berpotensi membolehkan golongan ini terus kekal dalam gaya hidup mereka yang berisiko tinggi.
QGA berpendapat KKM sepatutnya menjadikan langkah-langkah pencegahan hubungan sesama jenis sebagai usaha pencegahan yang utama.
Adakah wajar cukai rakyat dibelanjakan kepada golongan ini?
Adakah wajar KKM meneruskan langkah ini?
QGENANALYST – HARAKAHDAILY 12/12/2022
Rujukan: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/MYS_country_report_2021.pdf
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.





















