Status pembangunan perbekalan air Kelantan

Inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)

- Advertisement -

SITUASI semasa perkhidmatan bekalan air Kelantan (31 Disember 2022).

- Advertisement -

Purata liputan bekalan air di kawasan bandar ialah 65.4 peratus, manakala di kawasan luar bandar 80.8 peratus. Purata keseluruhan ialah 73.1 peratus. Jumlah akaun pengguna 271,235 unit.

Jumlah loji rawatan air ialah 39 buah dengan kapasiti 488 Juta Liter Sehari, namun penggunaan air semasa ialah 239 Juta Liter Sehari.

Jumlah panjang jajaran paip ialah 7,201 kilometer, tetapi Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) ialah 52.6 peratus. Rizab margin bekalan air pula ialah 0 peratus.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Isu Bekalan Air Negeri Kelantan bermula November 2021 yang bertanggungjawab memantau dan menyelaras projek-projek bekalan air di negeri Kelantan.

Inisiatif jangka pendek untuk bekalan air rakyat Kelantan.

Pembiayaan berjumlah RM664.8 juta bagi kerja perbelanjaan modal oleh Pengurusan Aset Air Berhad bagi tempoh Operasi Keempat adalah untuk;

1. Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu;

  • LRA Chicha Fasa 2 kapasiti 40 Juta Liter Sehari.
  • LRA Tanjung Mas kapasiti 30 Juta Liter Sehari.
  • LRA Bukit Chupak kapasiti 10 Juta Liter Sehari.
  • LRA Tok Bali kapasiti 50 Juta Liter Sehari.

*Dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

2. Penukaran 511 kilometer paip uzur jenis asbestos cement (AC) secara berperingkat dengan anggaran kos RM218 juta. Sebagai rekod, sepanjang 106.2 kilometer telah diganti secara berperingkat. Jumlah penggantian paip uzur AC dianggarkan sepanjang 4,491 kilometer.

Pembinaan LRA Kampung Teluk, Kota Bharu berkapasiti 30 Juta Liter Sehari di bawah pembiayaan Kerajaan Persekutuan dan telah mula beroperasi.

Pembinaan LRA Mini Telok Mesira, Bachok berkapasiti 2 Juta Liter Sehari di bawah pembiayaan Kerajaan Negeri dan telah mula beroperasi.

Pembinaan LRA Mini Ketereh di bawah pembiayaan Kerajaan Negeri berkapasiti 8 Juta Liter Sehari dan telah mula beroperasi.

Pembinaan LRA Mini Jelawat di bawah pembiayaan Kerajaan Negeri berkapasiti 4 Juta Liter Sehari dan telah mula beroperasi.

*Setelah semua LRA baharu telah beroperasi kapasiti penuh, kadar liputan bekalan air di Kelantan dijangka dapat ditingkatkan daripada 73.1 peratus kepada lebih 80 peratus.

Program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) Kebangsaan melalui Pendekatan 1 sebanyak RM69.95 juta merangkumi skop kerja pemasangan meter System Input Volume, penggantian meter pengguna, pembaikan tangki-tangki dan penyediaan Geographic Information System.

Pembinaan rintangan air rendah (low wier) di Sungai Pahi, Kuala Krai dan Sungai Pengkalan Datu, Kota Bharu dengan kos keseluruhan sebanyak RM35 juta secara geran dan akan siap sepenuhnya pada bulan Mac 2025.

Inisiatif jangka panjang untuk bekalan air rakyat Kelantan.

Kajian Pembangunan Sumber Air Negeri Kelantan (Fasa 2) sedang dijalankan bermula 26 Januari 2022 dalam tempoh 18 bulan untuk mengkaji potensi pembangunan sumber air permukaan di lembangan-lembangan sungai di Kelantan.

Unjuran permintaan air di Kelantan pada tahun 2030 adalah 860 Juta Liter Sehari. Oleh itu, KASA telah mencadangkan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai dan Loji Rawatan Air Bersepadu dengan kapasiti 500 Juta Liter Sehari di Labok, Machang.

KASA telah mengemukakan permohonan bagi pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai Machang di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12. Projek ini dijangka akan meningkatkan rizab margin kepada 30 peratus.

Cadangan pembinaan projek ini juga akan melibatkan bekalan air hampir keseluruhan jajahan di Kelantan terutama di Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Disediakan oleh,

MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Alam Sekitar dan Air 
+6011-10941293 – HARAKAHDAILY 12/11/2022

- Advertisement -