PRU15: Tuan Guru suntik semangat calon-calon PN Selangor

Tuan Guru Abdul Hadi baru-baru ini berjaya 'mengusik' emosi penyokong PH-BN.
- Advertisement -

SHAH ALAM: Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal menjelang pada 19 Nov ini semakin terasa apabila Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ‘turun padang’ dalam Program Jelajah Presiden PAS ke Negeri Selangor.

- Advertisement -

Program yang bermula pada hari ini tersebut dimulai dengan pertemuan Tuan Guru untuk bertemu mata dan memberi semangat buat calon-calon PAS yang bertanding atas tiket PERIKATAN NASIONAL di Selangor.

Tuan Guru tiba di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, di Pusat Perniagaan Worldwide, NO 3-04-01 PRESINT ALAMI, 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada jam 12.28 tengah hari.

Tuan Guru bakal hadir di KL Traders Square, Kuala Lumpur pada Khamis, 10 November 2022.

Antara calon-calon PRU15 yang hadir pada perjumpaan tertutup ini termasuklah calon PAS untuk PERIKATAN NASIONAL Bangi, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir; Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun; dan Kota Raja, Mohamed Diah Baharun.

Turut kelihatan ialah calon PERIKATAN NASIONAL Sungai Buloh, Mohd Ghazali Md Hamin dan Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Insya-Allah, saya akan meneruskan Program Jelajah Presiden PAS ke Negeri Selangor dan bersama-sama rakyat bermula petang ini (9 Nov) sehingga esok (10 Nov). Jumpa semua di sana,” ucap beliau.

Calon PERIKATAN NASIONAL Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun hadir pada perjumpaan tertutup bersama Tuan Guru di Seksyen 13, Shah Alam. (FOTO: MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE)

Sehubungan itu, Tuan Guru dijadualkan hadir pada acara Jamuan Teh Bersama Rakyat di Bangi Convention Centre, Bangi pada jam 5 petang hari ini dan seterusnya menghadiri program Ceramah Umum di Tapak Gudang Kerepek FAZZ, Jalan Chempaka, Kanchong Darat menjelang jam 8.30 malam ini.

Pada keesokan hari (10 Nov) pula, seawal  jam 8.30 pagi, Tuan Guru menyertai acara Sarapan Bersama Rakyat di Kopi Road Cafe, Jalan Kopi, Kampung Bukit Kapar.

Tuan Guru jelajah Wilayah Persekutuan

Menjelang jam 11 pagi pula, Tuan Guru akan hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Presiden PAS di Restoran Al-Bidayah, KL Traders Saqure, Kuala Lumpur bersama yang dijangka turut hadir ialah calon PAS atas tiket PERIKATAN NASIONAL bagi Parlimen Wangsa Maju, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, dan calon bagi Parlimen Batu, Utaz Azhar Yahya.

Calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Bangi, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir kelihatan penuh ceria ketika tiba pada perjumpaan tertutup bersama Tuan Guru di Seksyen 13, Shah Alam. (FOTO:HARAKAHDAILY/MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE)

Tidak ketinggalan, beliau seterusnya akan hadir untuk acara Santai Petang bersama Tuan Guru di Khemah Perikatan Nasional, Desa Pandan (berhadapan KKMart) pada jam 3.30 petang yang akan turut disertai calon PAS yang bertanding bagi Parlimen Titiwangsa, Dr Rosni Adam.

Menjelang 6 petang pula, Tuan Guru akan mengunjungi kawasan Parlimen Lembah Pantai untuk program Ramah Mesra Presiden PAS di Lembah Pantai di Dataran PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur bersama engan calon PAS Lembah Pantai, Haji Fauzi Abu Bakar. – HARAKAHDAILY 9/11/2022

- Advertisement -