Potensi Port Dickson hub pendidikan TVET pelancongan

Rafaie Mustapha
- Advertisement -

PARLIMEN P132, Port Dickson menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PERIKATAN NASIONAL, Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Pejuang dan seorang calon Bebas. Dalam persaingan lima penjuru ini, pastinya setiap calon mahu memenangi hati para pengundi di kawasan yang telah ditinggalkan bekas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan ramai pengundi di sini merasakan tiada apa-apa perubahan semasa Anwar menerajui kawasan ini pada penggal yang lalu. Bagi calon PERIKATAN NASIONAL, Haji Rafaie Mustapha, Port Dickson sebenarnya miliki kekuatan dalam sektor pelancongan yang harus menjadi fokus utama bagi diperkasakan lagi agar rakyat di sini mendapat manfaatnya. Dalam wawancara bersama Harakah selepas proses penamaan calon 5 November lalu, Haji Rafie Mustapha mengusulkan beberapa cadangan demi memajukan kawasan ini dan masyarakat di sini antaranya mewujudkan intitusi khas yang menawarkan kursus TVET dalam sektor pelancongan dalam melahirkan anak tempatan yang berkemahiran dalam bidang ini khasnya bagi kelompok yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM. Ikuti wawancara Ketua Pengarang Harakah Cetak, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama HAJI RAFAIE MUSTAPHA yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

- Advertisement -

HARAKAH: Asaalamualaikum wbt Tuan Haji Rafaie Mustapha. Tahniah kerana dipilih mewakili PERIKATAN NASIONAL bagi kerusi Parlimen Port Dickson. Kita saksikan penjuru pada kali ini iaitu ada calon pejuang dan bebas yang masuk bertanding, ramai yang menyatakan situasi ini berlaku pada PRU15, sebab kalau kita tengok trend daripada PRU14 itulah makna kata trend pilihan raya kecil negeri dan sebagainya lima penjuru itu normal. Jadi bagaimana pandangan tuan haji terhadap persaingan lima penjuru di parlimen Port Dickson ini untuk peringkat awal?

RAFAIE MUSTAPHA: Walaupun terdapat lima penjuru tetapi yang kita nampak maksudnya yang benar-benar akan menjadi cabaran kepada parti-parti yang bertanding, saya kira dalam empat parti sahaja iaitu PERIKATAN NASIONAL, BN iaitu wakil dari MIC, Pejuang dan Pakatan Harapan yang diwakili oleh PKR.

Saya kira cabaran itu kalau kita tengok dari segi sambutan penduduk Port Dickson, saya kira kesemua 4 parti ini mungkin parti Pejuang itu nampak sebuah parti yang masih baharu dan mungkin ini kali pertama untuk mereka menguji market.

Justeru saya melihat  parti dominan ini ialah PN, BN dan PH. Walau bagaimanapun saya nampak di sini sokongan yang diberi berdasarkan kepada pertemuan awal dengan pengundi-pengundi di beberapa tempat termasuk di masjid-masjid, di tempat-tempat awam, kita mendapat sambutan yang begitu positif, sokongan yang diberikan kepada calon PN mungkin atas dasar itu sendiri kalau kita lihat parti PN satu-satunya yang mewakili orang Melayu Islam gabungan parti PAS dan juga Bersatu dan yang lain-lain itu sebagaimana yang kita ketahui BN diwakili oleh MIC dan juga mereka membawa calon dari luar Negeri Sembilan, Dato’ P. Kamalanathan, kemudian calon PH daripada PKR, Dato’ Seri Aminuddin Harun yang juga yang merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang ini yang kita tahu bahawa yang bersama dengan PKR ini dalam PH yang dominan dalam parti DAP.

Jadi oleh sebab itu kita dapat melihat di sini bahawa ini akan merupakan perkara atau faktor yang boleh menjadikan faktor penentu pada para pengundi di Port Dickson.

Jadi saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa dalam situasi parti-parti bertanding ini dan kalau kita lihat dari segi komposisi kaumnya dan juga majoriti pengundi di Port Dickson ini yang mana sebagaimana yang kita ketahui hampir 50 peratus adalah terdiri daripada pengundi-pengundi melayu Islam. Atas faktor itu saya yakin yang mereka akan memberikan kali ini sokongan akan diberikan kepada calon PN.

Kalau kita tengok dalam rekod pilihan raya yang terdahulu, kawasan ini walaupun calon  luar Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menang dalam pilihan raya kecil setelah kerusi ini dikosongkan oleh calon terdahulu, jadi masih valid atau tidak sebab dalam pilihan raya umum calon luar atau calon dalam ini menjadi faktor biasa dan tidak pernah menjadi faktor besar, jadi cabaran untuk mendepani kawasan yang ditinggalkan oleh Anwar, yang pasti ia akan ada juga setidak-tidaknya aura, peninggalannya isu baik atau positif dan PH pula hantar seorang Menteri Besar sudah tentu menjadi satu cabaran kepada Haji, jadi bagaimana nak mendepani persepsi tersebut?

Yang pertama memang kita tidak dapat nafikan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah figura nasional yang mempunyai pengaruh tersendiri tapi kalau kita lihat sejak PRK Port Dickson diadakan khas untuk memberi laluan kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim untuk ke Parlimen sebenarnya.

Jadi oleh sebab itu kita saksikan pada masa itu situasi sangat berbeza di mana kita lihat Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk bertanding dan Umno sendiri pada masa itu keadaan masih lagi belum jelas hubungan hala tuju politik Umno dengan PAS, jadi kita dapati pada ketika itu Umno semacam berkecuali dan alhamdulillah PAS yang mendorongkan calon, bilangan undi yang membanggakan itu satu perkara.

Kemudian sejak dari PRK itu, setiap Dato’ Seri Anwar Ibrahim memenangi kawasan parlimen Port Dickson saya pun bertanya kepada penduduk-penduduk setempat, apa sebenarnya hasil yang dibawa oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan hampir semua mereka menyatakan mereka tidak merasakan apa-apa (tidak ada perubahan).

Maknanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim di sini hanya menjadikan Port Dickson ini sebagai batu loncatan untuk dia masuk ke parlimen dan sebaik itu kawasan ini ditinggalkan, sedangkan penduduk Port Dickson tidak mendapat sebarang faedah, kebaikan dari segi apa jua kemajuan, pembangunan, tidak ada.

Nasib baik Port Dickson ini memang kita lihat dari segi potensinya pelancongan tidak ada masalah. Jadi saya nampak tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh dijalankan sama ada untuk membangun Port Dickson dari aspek ekonominya atau dari pembangunan yang lain, tidak nampak kesannya.

Atas dasar ini kita rasa PN nampak sebenarnya dan telah pun merancang beberapa aspek yang penting khususnya dalam aspek pembangunan, pelancongan, ekonomi sebab ini adalah merupakan keistimewaan Port Dickson iaitu pusat pelancongan.

Sekarang ini saya kira kehadiran pelancong selepas pandemik PKP ini, kehadiran pelancong begitu ramai sekali, saya kira ini merupakan satu aspek yang mesti dilihat secara serius supaya penduduk tempatan boleh mendapat faedah kebaikan daripada pelancongan ini.

Oleh sebab itu, insya-Allah, kita mempunyai beberapa cadangan, perancangan, yang khusus untuk memajukan bidang pelancongan ini supaya ia dapat lebih dirasai oleh penduduk-penduduk setempat.

Barangkali memang penduduk tempatan mendapat kebaikan tetapi bergerak secara sendiri-sendiri. Apa yang saya maksudkan harus ada usaha untuk menjadikan pelancongan ini lebih inklusif sifatnya, maknanya penduduk tempatan memang mendapat faedah daripada sektor pelancongan.

Sebab itu saya nampak perkara ini harus diberi perhatian dari segi bagaimana kita hendak menjadikan bidang pelancongan ini satu faktor yang boleh memberi manfaat maksimum kepada penduduk tempatan.

Kalau kita tengok situasi yang berlaku kepada Barisan Nasional dengan pemecahan yang agak besar selepas pada proses pengumuman calon mereka, figura-figura penting di peringkat nasional seperti Datuk Seri Shahidan, Tan Sri Annuar Musa dan sebagainya tidak dicalonkan, adakah isu tersebut terkesan di kawasan-kawasan seperti Port Dickson ini khususnya, kalau kita tengok Port Dickson sendiri buat orang luar sebagai calon Barisan Nasional, pandangan Haji, gelombang itu bagaimana?

Saya kira apa yang berlaku itu kita nampak dia dari segi bacaan boleh sahaja kita katakan kenapa BN terpaksa membawa calon luar untuk mewakili MIC, malah pemilihan MIC itu sendiri untuk wakil BN di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini pun merupakan isu yang saya kira berpanjangan dengan Umno, Umno tidak berpuas hati sebab Umno merasakan mereka lebih layak untuk merampas kembali kerusi Port Dickson, jadi aspek-aspek yang saya kira akan memberi kesan khususnya kepada ahli-ahli Umno sebagai komponen dalam BN.

Maknanya PERIKATAN NASIONAL melihat di situ ada kelebihan…

Memang ada kebaikan kepada Perikatan Nasional sebab kita mengemukakan calon Melayu yang diyakini dapat membawa perubahan dan dapat juga memberi keyakinan kepada pengundi-pengundi tempatan atas dasar tadi berlaku seolah-olah perpecahan dalaman di peringkat BN itu sendiri terutama dari segi penetapan calon, yang kedua dari segi pemilihan parti.

Perkara ini saya percaya akan merupakan diantara faktor-faktor yang boleh menjejaskan dan kita rasa ini ada kebaikannya kepada PN.

Dengan apa yang berlaku itu kita harap pengundi-pengundi yang rasanya tidak berpuas hati akan memberi sokongan kepada PN.

Tuan Haji sebutkan tadi bahawa, Port Dickson ini menjadi kawasan tumpuan pelancong, itu isu yang agak dominan dengan Port Dickson sebagai sebuah tempat pelancongan, ada beberapa isu juga yang dibuat melalui tinjauan-tinjauan di peringkat nasional iaitu isu lain iaitu ekonomi rakyat, kemudian isu pendidikan di mana lebih dari 70 peratus pelajar lepasan SPM pada tahun ini tidak dapat menyambung pelajaran kerana terpaksa membantu ibu bapa demi kelangsungan hidup, jadi dalam pemerhatian Tuan Haji sendiri di Port Dickson ini sejauh mana isu itu memberi kesan kepada masyarakat di sini dan apa perancangan Tuan Haji sendiri sebagai suatu hari nanti akan duduk di posisi yang lebih tinggi di peringkat persekutuan jika diizinkan, perancangan terbesar untuk golongan ini kerana isu ini amat serius di peringkat nasional sekalipun itu yang menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji dalam dapatan mereka, pandangan Tuan Haji?

Ya, saya melihat isu pendidikan ini ia sebenarnya berlaku di semua peringkat sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri dan isu pendidikan saya kira ini melibatkan pertama sekali golongan lepasan sekolah menengah sebagai contoh peluang untuk mereka ini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kemudian saya melihat di sini harus dikaitkan dengan keistimewaan, kelebihan semula jadi yang ada di Port Dickson.

Port Dickson ini sudah terkenal sejak dulu lagi sebagai kawasan pelancongan, jadi saya nampak di sini harus ada satu rancangan khususnya bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah ini saya nampak kalau tidak ada TVET maka di Port Dickson ini seharusnya ada pengkhususan TVET pelancongan khas untuk anak-anak muda, untuk lepasan sekolah menceburkan diri secara lebih berkesan dalam bidang pelancongan.

Boleh wujudkan institusi khas TVET pelancongan itu dan saya kira boleh sahaja diperkenalkan kalau kita sudah ada beberapa institusi Politeknik sebagai contoh, Vokasional sudah ada mungkin boleh tambah lagi dengan politeknik atau vokasional yang khusus untuk memberikan kemahiran dari segi pengurusan pelancongan ini, dengan itu sebenarnya kita membuka peluang kepada anak-anak muda lepasan sekolah menengah untuk menceburkan diri menguruskan sendiri bidang pelancongan ini secara lebih profesional.

Saya nampak ini satu peluang yang besar dan selama ini tidak diberi perhatian.

Maknanya walaupun Anwar bekas menteri pendidikan sekalipun duduk di sini tidak memikirkan langsung…

Ya, jadi itu satu perkara yang saya kira satu kerugian pada anak-anak di Port Dickson, maksudnya lepasan sekolah seharusnya mereka ini diberi pendedahan dmsesuai dengan apa yang keistimewaan yang ada di tempat mereka di Port Dickson ini.

Yang kedua aspek ekonomi banyak yang kita boleh buat sebagai contoh di Port Dickson ini juga di pusat nelayan, di Kuala Lipis, Linggi sebagai contoh, dan ini pun harus dilihat secara lebih spesifik supaya isu nelayan ini boleh kita atasi.

Sekarang ini kita dengar suara-suara yang tidak berpuas hati disebabkan oleh beberapa aspek yang mungkin merupakan kelemahan dari segi pengurusan bagaimana kita boleh membantu para nelayan ini.

Pertama sekali supaya mereka dapat meningkatkan hasil tangkapan seterusnya menambahkan lagi dari segi pendapatan sektor ekonomi dengan sendirinya kita boleh bantu rakyat dan dapat meningkat pendapatan mereka khususnya mereka yang terlibat dalam sektor nelayan dari sudut penangkapan ikan.

Kalau kita lihat usaha kerajaan Negeri Terengganu terutamanya melalui Exco Pertaniannya, Dr Azman Ibrahim, bagaimana beliau merancakkan pembinaan tukun-tukun tiruan, adakah dengan proses yang sama perlu dibuat di Port Dickson ini untuk menggalakkan lagi sektor perikanan ini dimajukan di sini?

Ya, saya kira itu antara perkara yang harus kita beri tumpuan, tukun-tukun tiruan ini ia dapat menambahkan lagi bilangan ikan di laut dengan itu sendirinya bila kita usaha secara terancang dan bersistem ia akan menjadikan satu prospek yang kita nampak maknanya harus ada kajian yang lebih spesifik, profesional supaya perkara ini dapat dijalankan.

Pertama kita nak lihat kesan dia. Kita tidak boleh buat tanpa sebarang kajian yang teliti, jadi ini pun saya nampak harus diberi tumpuan supaya kita boleh meningkatkan lagi usaha dalam bidang pertanian, perikanan.

Kalau kita tengok biasanya kawasan-kawasan pelancongan ini akan dikaitkan dengan isu jenayah dan juga keselamatan, jadi apa perancangan Tuan Haji sekiranya dipilih oleh masyarakat di Port Dickson ini, jadi Ahli Parlimen di sini selepas 15 haribulan? Isu ini agak serius dalam keadaan masyarakat sangat teruk dan jenayah semakin meningkat…

Sebenarnya punca berlakunya jenayah ini pertama ialah faktor dalam itu faktor dalaman itu dan faktor luaran, faktor dalaman itu mungkin disebabkan oleh banyak faktor lain dari segi pendidikan, asuhan dan pergaulan.

Tapi kita juga harus ingat orang yang perhatian diberikan kepada golongan belia ini menyebabkan mereka ini rasa tidak ada siapa yang hendak memberi perhatian, yang saya cadang ialah harus ada suatu engagement yang lebih teratur, yang lebih bersifat turun padang, saya nampak sekarang ini kebiasaannya kita akan mendirikan pusat-pusat khidmat parlimen atau DUN tapi saya kira yang lebih penting ialah bagaimana kita boleh mendekati masyarakat.

Bukan kita nak masyarakat datang ke pusat-pusat perkhidmatan DUN atau Parlimen, tapi yang penting kita harus turun padang, harus pergi bertemu dengan anak-anak muda ini melalui organisasi yang ada.

Organisasi masjid, surau, kemudian mungkin persatuan pelajar, NGO-Ngo yang ada yang ini harus diberi perhatian supaya bila kita turun padang, dengan sendirinya kita dapat memahami apa sebenarnya masalah anak-anak muda, yang suka merempit sebagai contoh mengapa?

Jadi perkara-perkara ini harus dilihat secara positif, memanglah berkait jenayah ini kadang-kadang merupakan satu ancaman kepada keselamatan setempat, tapi kita harus berikan tanggungjawab ini, maknanya tanggungjawab jaga keselamatan ialah tanggungjawab semua. Ini yang harus difikirkan. Bagaimana kita boleh melibatkan diri secara lebih dengan masyarakat, anak muda, ngo, dengan apa juga pertubuhan-pertubuhan organisasi masyarakat yang ada.

Kolaborasi ini saya kira memang penting, sebab anak-anak muda ini rasanya apabila mereka itu dapat melihat, betapa seriusnya perhatian yang diberi oleh kerajaan, maka mereka saya percaya sebab saya ini berpengalaman dalam pendidikan ini sebagai pengetua, mereka nak lihat sejauh mana seriusnya kita memberi perhatian bukan hanya setakat bercakap mengecam itu paling mudah dilakukan dan tidak selesai masalah.

Kita mesti dapat menterjemahkan tindakan supaya anak-anak muda yakin bahawa kita bersungguh-sungguh mengatasi masalah sosial termasuk jenayah dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang tempoh dua minggu tempoh berkempen ini, mungkin satu masa yang singkat pada Tuan Haji untuk reach kepada semua pengundi, atau mungkin pesanan khas Tuan Haji sebagai calon PN kepada masyarakat di Port Dickson supaya mereka melakar perubahan kali ini memberi peluang kepada parti yang bersih, stabil, prihatin kepada rakyat.

Memanglah fokus kempen kita lebih kepada memaklumkan kepada masyarakat apakah tawaran-tawaran yang akan diberi oleh PN dengan slogan Bersih dan Stabil dan juga prihatin, ini maknanya daripada slogan ini sudah menggambarkan betapa kita bersungguh-sungguh, dalam usaha untuk kita membetulkan keadaan yang berlaku sekarang ini saya kira semua orang faham, kalau dari segi salah laku, rasuah, salah guna kuasa memang berlaku dan inilah tawaran PN sebab kita tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa disebabkan oleh adanya, wujudnya amalan-amalan yang tidak langsung memberikan kebaikan kepada masyarakat, malah dari segi kita telah lihat kes yang melibatkan pimpinan-pimpinan utama BN sebagai contoh, dan kita harus memberikan perspektif yang baru, masyarakat mesti dapat melihat ini sebagai suatu yang boleh mengancam masa depan negara sebab itu PN menawarkan slogan Bersih, Stabil dan Prihatin ini maknanya kita bersungguh-sungguh bukan hanya omongan kosong, maknanya kenapa kita gunakan slogan ini adalah disebabkan oleh membetulkan situasi, keadaan yang berlaku sekarang ini.

Saya percaya rakyat memang tidak dapat menerima kalau ada pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan kes-kes yang rasuah, yang sifatnya bukan kecil-kecilan tetapi bersifat mega, bersifat antara yang terbesar di dunia, skandal ini, ini merupakan suatu perkara yang seharusnya kita berusaha untuk membetulkannya, caranya saya kira ialah dengan memberikan sokongan kepada PN yang menawarkan barisan pemimpin yang ternyata mempunyai berkaliber, profesional dan juga mempunyai latar belakang yang bersih, kalau kita lihat semua pimpinan yang ada adalah terdiri daripada mereka yang dipastikan tidak mempunyai rekod ataupun latar belakang yang terlibat dengan sebarang kes salah laku rasuah jenayah dan sebagainya.

Saya kira dengan tawaran ini dengan keazaman yang ditunjukkan oleh PN saya kira masyarakat akan dapat menilai dan juga membuat keputusan yang bijak dalam usaha untuk menyelamatkan negara dan anak cucu kita, generasi yang akan datang perlu dipastikan dipimpin oleh mereka yang benar-benar mempunyai tanggungjawab dan menerima ini sebagai satu amanah, ibadah, tanggungjawabnya bukan kecil, sebab ini kita bukan sahaja memikirkan dari segi politik dunia tetapi juga tanggungjawab kita terhadap Allah SWT.

Hal ini yang saya kira akan memberikan suatu mesej yang jelas kepada pengundi-pengundi penduduk Port Dickson bahawa kita bersungguh-sungguh untuk mengemukakan calon-calon yang bersih, berintegriti dan saya kira mempunyai kemampuan untuk membawa perubahan seperti yang diharapkan.

Pesanan kepada jentera kita yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan kemenangan PN.

PN ini khususnya di parlimen Port Dickson ini terdiri daripada gabungan utama PAS, Bersatu dan setengah tempat parti Gerakan, jadi melihat kepada pertemuan yang kita adakan saya dapat merasakan bahawa telah wujud suatu kesedaran untuk pertama sekali bagi kita memenangkan PN, saya juga bertanding di atas tiket PN bukan lagi atas nama parti.

Atas dasar itu kita harap pekerja-pekerja jentera kita di bawah sana tidak kira dari parti Bersatu, PAS dan Gerakan agar bersama-sama dalam satu pasukan untuk kita melaksanakan tugas-tugas yang perlu dalam tempoh 14 hari yang ada ini, bagi kita sama-sama mengembleng tenaga dan kita mempunyai satu matlamat, tujuan murni untuk memenangkan calon PN. – HARAKAHDAILY 9/11/2022

- Advertisement -