Manifesto untuk anak-anak Berkeperluan Pendidikan Khas

- Advertisement -

KANAK-kanak Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. 

- Advertisement -

Keperluan pendidikan MBPK adalah berbeza dengan keperluan pendidikan kanak-kanak normal. 

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, bilangan MBPK dari tahun 2017 hingga 2021 menunjukkan trend meningkat dari 79,836 (2017) kepada 97,220 (2021)

Meneliti manifesto gabungan-gabungan parti yang dominan, hanya dua gabungan yang menyentuh mengenai pendidikan MBPK iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).  

Kedua-dua gabungan menyentuh mengenai pembangunan infrastruktur dan pembelajaran. 

PN berjanji akan menyediakan peruntukan RM50 juta setahun untuk tujuan tersebut.

Selain itu, PN juga berjanji akan meningkatkan kapasiti dan kepakaran Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan, intervensi, pemulihan dan perundingan kepada kanak-kanak seluruh negara, termasuk kanak-kanak autisme.

Ini adalah berita baik bagi ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak berkeperluan Pendidikan khas! 

Semoga ini menjadi titik tolak kepada penambah baikan – penambah baikan lain yang akan dimanfaatkan oleh MBPK.

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 9/11/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03GyL6wYAUQPbpYwPJxdUVBqnQUAFzEe8oew3myLtiiLMBkqtrxXw19Ujpr5g6Sg9l&id=100042985766158&sfnsn=mo 

Rujukan:

https://www.pnbest.my/tawaran-pnbest

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1022492/manifesto-bn-teks-penuh-ucapan-pengerusi-bn-lancar-padu

https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pendidikankhas/buku-data-pendidikan-khas/4918-buku-data-pendidikan-khas-tahun-2021/file

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -