
KEJAYAAN sesebuah negara bertitik tolak daripada keupayaan pemimpinnya melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.
Ini bermakna, pemimpin negara khususnya Ahli Parlimen haruslah mempunyai sikap profesional, berilmu, dan berintegriti.
PAS melalui PERIKATAN NASIONAL (PN) mempersembahkan calon-calon profesional dan muda di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
1. Menerima pengiktirafan Institusi Pengajian Tinggi.
Saudara Syahir Sulaiman (P.025 Bachok) pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kelas Pertama) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2006). Beliau menerima tiga anugerah ketika beliau masih belajar di UIAM iaitu:
– Anugerah Rektor UIAM.
– Anugerah Pelajar Terbaik Kuliyyah Ekonomi.
– Anugerah Khas Unvar Rahman (Ko-kurikulum).
2. Mempunyai kelayakan profesional.
Saudara Farique Zubir (P.100 Pandan) adalah seorang ahli berdaftar di Institut Akauntan Malaysia (MIA), semenjak tahun 2014 dan juga ahli Akauntan Profesional Bertauliah Asean (ASEAN CPA), semenjak tahun 2019.
Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
3. Pengiktirafan luar negara.
Saudara Nazrul (P.102 Bangi) dilantik sebagai Delegasi Malaysia ke International Youth Leadership Programme to United Kingdom, British High Comission (2020).
Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (Dengan Kepujian) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
4. Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD).
Bukan calang-calang Muslimah muda, Ustazah Dr. Siti Mastura Mohamad berjaya menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) semasa usianya 32 tahun.
5. Melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.
Dalam kesibukan dengan tanggungjawab yang banyak, dua calon ini tidak melepaskan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD.
– Ustaz Fadhli Shaari sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat PhD, di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pengurusan.
– Ustaz Rif’aat pula melanjutkan pelajaran dalam pengajian Doktor Falsafah, di Universiti Utara Malaysia (UUM).
6. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Al-Azhar Mesir.
Enam orang dalam kalangan calon profesional muda PAS mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar Mesir.
– Ustaz Afnan Hamimi (P.009 Alor Setar), Sarjana Muda Usuluddin.
– Ustaz Amin, (P.007 Padang Terap) Sarjana Muda Kepujian, Usuluddin dan Dakwah.
– Ustaz Fadhli Shaari (P.022 Pasir Mas), Sarjana Muda Dakwah Islamiah.
– Ustaz Fawwaz Mat Jan (P.044 Permatang Pauh), Sarjana Muda Bahasa Arab.
– Ustaz Rif’aat (P.055 Lenggong), Ijazah Sarjana Muda.
– Muslimat muda, Ustazah Dr. Siti Mastura (P.041 Kepala Batas) juga mempunyai kelulusan Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar Mesir.
7. Pelbagai bidang pengajian.
– Saudara Hamdan Sani (P.201 Batang Lupar) mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di UiTM Shah Alam.
– Ustaz Aire Roslan (P.084 Paya Besar) mempunyai kelulusan dalam bidang Pengurusan Teknologi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
– Saudara Wan Razali (P.083 Kuantan) mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan di Open University Malaysia (OUM).
– Satu-satunya wakil Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) saudara Steven (P.045 Bukit Mertajam) mempunyai Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
BESTkan latar belakang pendidikan mereka.
Admin nak tahulah, ada tak yang membaca ni sama Universiti dengan calon-calon profesional muda kita?
JABATAN PROFESIONAL MUDA DPPM – JPRO – HARAKAHDAILY 9/11/2022




















