Care economy, jaminan kerakyatan dan Hospital Wanita

Tawaran untuk kaum wanita

- Advertisement -

MENURUT, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), pengundi dalam kalangan wanita ialah sebanyak 50.17 peratus berbanding lelaki sebanyak 49.83 peratus daripada jumlah pengundi iaitu 21,173, 638 orang. 

- Advertisement -

Oleh itu, undi wanita boleh menjadi penentu kepada keputusan PRU15 19 November nanti. 

Tidak hairanlah dalam setiap manifesto gabungan yang bertanding, tawaran untuk wanita menjadi antara fokus utama. 

Apabila dibandingkan ketiga-tiga Manifesto, PERIKATAN NASIONAL (PN) memberikan tawaran terbanyak iaitu sebanyak 14 tawaran. 

Ini tidak termasuk tawaran-tawaran lain yang tidak secara langsung juga akan memberi manfaat kepada kaum wanita. 

Selain menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan bantuan-bantuan, Manifesto PN banyak menumpukan kepada sokongan-sokongan yang perlu untuk kaum wanita. 

Antara yang menarik dalam tawaran PN ini ialah memperkenalkan agenda Care-Economy yang merupakan sesuatu yang perlu dalam situasi negara menuju ‘ageing nation’ dan wanita yang terpaksa banyak menghabiskan masa di rumah. 

Tawaran-tawaran Pakatan Harapan banyak tertumpu kepada hak-hak wanita yang juga ada juga disentuh oleh PN, selain bantuan-bantuan khusus untuk wanita. 

Manakala Barisan Nasional banyak tertumpu kepada insentif cukai dan pembangunan ekonomi wanita yang juga ada ditawarkan oleh PN. 

Wanita sekalian! Tawaran manakah yang menarik perhatian anda?

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 9/11/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0RRB2W7U1AvL2hiUaGgkxjLA1wctwk2aJmGPWtXkntdtNKnKwFqHZmsLaoq83nyail&id=100042985766158&sfnsn=mo 

Rujukan:

1. https://kitaboleh.my/ 

2. https://www.pnbest.my/tawaran-pnbest 

3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1022492/manifesto-bn-teks-penuh-ucapan-pengerusi-bn-lancar-padu 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -