
SUNGAI BESAR: Wanita PERIKATAN NASIONAL Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Nipah telah mengadakan program ziarah yang dilangsungkan di sekitar Kampung Sungai Nipah, di sini petang tadi.
Program ini bertujuan untuk menziarahi penduduk kampung yang uzur dan di samping menyampaikan maklumat kejayaan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang lalu dalam memimpin negara pada masa pandemik COVID-19.
Antara pimpinan hadir adalah Ketua dan Setiausaha Wanita PERIKATAN NASIONAL Sungai Nipah, Ustazah Badariah Tamsir dan Ustazah Subaitah Awang serta para Ahli Jawatankuasa PDM Sungai Nipah yang lain.
Beberapa rumah kediaman telah dikunjungi di mana rombongan turut penyerahan sumbangan makanan bagi meringankan beban penduduk diziarahi itu di samping penyerahan bahan risalah PERIKATAN NASIONAL.
Program ziarah ini merupakan rutin yang sentiasa dijalankan dari masa ke semasa oleh entiti parti di sini dalam rangka mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pimpinan dan masyarakat setempat.
Ustazah Badariah berharap dengan adanya program ziarah ini bukan sahaja mengambil maklum perkembangan penduduk sejiran, malah maklumat kejayaan PERIKATAN NASIONAL juga dapat disebarkan dengan lebih meluas lagi. – HARAKAHDAILY 29/10/2022






















