PERIKATAN NASIONAL memimpin negara melepasi derita COVID-19

- Advertisement -

PERIKATAN NASIONAL (PN) ditubuhkan di saat negara berada di kemuncak kemusnahan. PH yang memerintah negara selama 22 bulan dilihat hilang haluan. Fokus mereka ialah memperkukuhkan kuasa. Kesemua parti masing-masing menyusun langkah memperkemaskan kedudukan dan kuasa. Kemuncaknya ialah pertembungan PN, Tun Mahathir dan musuh luka kecilnya Anwar Ibrahim. 

- Advertisement -

Rakyat terpaksa menerima harapan mereka kepada PH adalah janji matahari yang palsu. Tanpa segan silu pemimpin PH mengakui manifesto mereka lebih kepada janji yang tidak wajib ditunaikan. Undi rakyat kepada mereka sebenarnya adalah ‘jual janji’ dari apa yang ditawarkan. 

Demi menghalalkan tindakan dusta mereka, pemimpin parti Islam tajaan DAP menyebut kononnya Rasulullah juga tidak menepati janji. Ini bukan lagi menunggang agama tetapi ‘merogol’ agama. 

Kemenangan PH dengan dominasi kaum minoriti juga memperlihatkan keangkuhan hingga penguatkuasa dan polis seperti tiada kuasa. Tersebar video kereta polis ditahan orang awam dan berbagai lagi kekalutan penguatkuasaan undang-undang. Itu belum dikira Peguam Negara yang dilantik PH yang dilihat sebagai tukang lepas pesalah dari PH.

Kemuncak kemarahan rakyat disambut pemimpin. PAS yang berpengalaman menggabungkan beberapa parti telah menyatukan pemimpin Melayu dari BERSATU dan Umno yang akhirnya tertubuh PERIKATAN NASIONAL.

Pemimpin yang punyai kesedaran ini bertemu dan membentuk kerajaan baru yang direstui YDP Agong. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih sebagai Perdana Menteri.

Percaturan Allah pastinya terbaik. Mentakdirkan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL memimpin negara di saat ujian COVID-19 melanda dunia. Pastinya rakyat Malaysia merasai getir tempoh itu. Setiap hari rakyat yang terkurung di rumah menanti ‘wajah abah’ mengumumkan bantuan kerajaan kepada rakyat. 

Rakyat yang percaya negara bankrap selama ini dari dakyah PH merasa hairan dengan bantuan demi bantuan berbilion ringgit yang diperuntukkan rakyat. Rakyat sangat bersyukur musibah COVID-19 tidak berlaku di zaman PH. 

PH yang sebelum ini dikatakan punyai ramai pakar hanya tahu menjual harta negara untuk dapatkan duit berbelanja. Dengan menjual harta negara mereka mendakwa cuba memulihkan kerajaan. Pembohongan ini terbongkar apabila Kerajaan PERIKATAN NASIONAL membelanjakan berbilion wang negara tanpa perlu menjual harta kerajaan. 

Hayat PERIKATAN NASIONAL tidak lama. Seusai nakhoda melepasi ombak ganas, ada pembantu yang menuntut menjadi nakhoda. Dengan sombong mendakwa BNlah yang menyelamatkan rakyat.

PRU15 memberi peluang rakyat menilai semula. Kerajaan 22 bulan PH yang sangat perit? Atau Kerajaan PERIKATAN NASIONAL di kala musibah COVID-19 atau Kerajaan BN yang pernah ditolak rakyat setelah pemimpin utamanya bergelumang dengan pelbagai kes integriti.

Saya cadangkan, undilah PERIKATAN NASIONAL untuk meneruskan Kerajaan PrihatiN, BErsih dan STabil – PN BEST.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN 
Setiausaha PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 28/10/2022

- Advertisement -