Negara stabil tanpa rasuah

- Advertisement -

AMALAN rasuah di negara ini berada pada skala yang membahayakan. Ini berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara (KAN) secara berulang kali dan penemuan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

- Advertisement -

Justeru, Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menulis teks khutbah Jumaat dengan tajuknya Rasuah Membahayakan Negara, dan ia telah dibacakan di seluruh masjid dalam Negeri Pahang pada khutbah Jumaat minggu lepas.

Bagi memastikan negara bebas rasuah, maka pemimpin negara mestilah dipilih dari kalangan mereka yang berintegriti dan bersih rasuah. Kerana merekalah yang akan mencorakkan kepimpinan negara ke arah mana.

Dalam kitab Muqaddimah Ibnu Khaldun ada menyebut:

الناس على دين ملوكهم

“Kehidupan rakyat terbentuk berdasarkan cara hidup pemimpin mereka.”

Ahli sejarah menulis: Hajjaj seorang pemimpin yang suka bunuh orang, maka rakyatnya apabila berjumpa akan bertanya sesama mereka, siapakah yang kena bunuh semalam, siapakah yang kena salib, siapakah yang kena penjara dan sebagainya.

Sulaiman bin Abdul Malik seorang pemimpin yang suka menolong orang bernikah dan suka beri makan kepada orang lain. Maka rakyatnya juga suka melakukan perkara tersebut.

So, kini masanya sudah tiba untuk rakyat memilih pemimpin bagi memastikan negara Stabil, Berkat, Makmur, Sejahtera dan Maju. Pilih dan Undi Perikatan Nasional.

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABD HALIM – HARAKAHDAILY 21/10/2022

- Advertisement -