Nafas terakhir Ratu Elizabeth II: Benteng kestabilan Britain

- Advertisement -

Susunan YUSMAN AWANG

LONDON: Ratu Elizabeth II, yang memerintah selama tujuh dekad menjadikannya satu-satunya penguasa yang pernah dikenali oleh kebanyakan rakyat Britain, mangkat dalam usia 96 tahun pada hari ini (Khamis, 8 Sept waktu Britain).

Dalam catatan sejarah baginda ratu yang mencatat rekod sebagai raja paling lama berkhidmat di negara itu, selepas memerintah selama 70 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan tenang di estet musim panasnya di Istana Balmoral Scotland, lapor BBC.

- Advertisement -

Kemangkatan baginda ratu menyebabkan negara yang berduka itu mengalami peralihan penting pada masa pergolakan politik dan ekonomi, beberapa hari selepas pelantikan Perdana Menteri baharu Britain, Liz Truss.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II diumumkan oleh Istana Buckingham pada jam 6.30 petang, secara automatik mengangkat anak sulung dan pewarisnya, Putera Charles, ke takhta, yang mana beliau ialah raja pertama Britain sejak 1952, mengambil nama Raja Charles III.

Putera Charles berkata, kemangkatan ibu tercintanya adalah ‘saat kesedihan yang besar’ bagi diri dan keluarganya, dan kehilangan beliau akan sangat dirasai di seluruh dunia.

“Kami sangat berduka atas pemergian seorang raja yang dihormati dan seorang ibu yang sangat disayangi.

“Saya tahu kehilangannya akan sangat dirasai di seluruh negara, komanwel dan dunia,” ucapnya.

Semasa tempoh berkabung yang akan datang, Putera Charles berkata beliau dan keluarganya akan ‘dikekalkan oleh pengetahuan kami tentang rasa hormat dan kasih sayang yang mendalam  terhadap Ratu’.

Putera Charles dan isterinya, Camilla, akan kembali ke London pada Jumaat (waktu Britian), ujar jurucakap Istana Buckingham, yang mana beliau dijangka berucap pada Jumaat berkenaan.

Kerabat diraja Britain telah berkumpul di Balmoral selepas doktor yang menjaga kesihatan Ratu menjadi bimbang tentang kesihatannya pada awal hari itu.

Semua anak baginda ratu termasuk cucunya dan kini pewaris takhta, Putera William, dan adiknya, Putera Harry sempat berkumpul Istana Balmoral, selepas doktor meletakkan Ratu di bawah pengawasan perubatan.

Sepanjang tempoh menduduki takhta diraja sejak tahun 1952, era paling panjang pernah direkodkan dalam mana-mana sistem monarki British, baginda ratu telah melangkaui belasan Perdana Menteri, hampir 20 acara Olimpik dan hampir 10 Pope.

Baginda ratu juga menjadi ‘batu asas’ Komanwel, pengasas hampir 600 organisasi dan badan kebajikan, serta memainkan peranan penting dalam pakatan Britain dengan banyak negara di seluruh dunia. – HARAKAHDAIY 9/9/2022

- Advertisement -