
ADAKAH produk tersebut tidak mempunyai khasiat langsung? Jawabnya ada tetapi tidaklah sampai boleh dianggap sama taraf dengan ubat-ubat yang sedia ada yang telah pun melalui fasa-fasa kajian yang ekstensif.
Kebanyakan produk-produk makanan tambahan seperti ini hanya dijalankan kajian di makmal secara pra-clinical dan ke atas haiwan sahaja. Jika dibuat kajian atas manusia pun tidak secara menyeluruh dan masih lagi banyak pertikaian yang boleh dibahaskan dari sudut keberkesanan, kesan sampingan dan kestabilan bahan tersebut.
Apa yang membimbangkan adalah mereka selalu membuat tuntutan perubatan yang berlebihan ataupun over-claim. Over-claim seperti itu boleh mendatangkan satu harapan palsu bagi pesakit yang memang telah desperate untuk dapatkan perubatan yang terbaik bagi mereka.
Sehinggakan mereka sanggup meninggalkan kaedah perubatan yang standard. Tuntutan yang berlebihan itu juga telah bersalah dengan akta Pengiklanan 1956.
Ada juga di kalangan mereka yang sanggup untuk tidak menjalankan pembedahan kerana percaya dengan janji manis tukang promosi produk. Sudah banyak kes kami temui akibat daripada kempen yang berlebihan dari pihak-pihak tertentu yang menyebabkan, itulah kesedihan kami berada di hospital.
‘Inverse Negative Effect’ ini boleh berlaku apabila produk-produk kesihatan ini di buat promosi secara berlebihan (over-claim). Walaupun mungkin produk-produk berkenaan harmless pun (maknanya tidak mempunyai apa-apa khasiat yang berlebihan pun) sehingga boleh menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi oleh kerana meninggalkan ubat-ubatan yang sedia ada menyebabkan keadaan mereka semakin teruk setiap hari.
Mungkin pada peringkat awalnya secara psikologi mereka akan makin segar akibat daripada makan produk itu, tapi lama kelamaan penyakit yang sedia ada di dalam diri sudah pun makin membarah.
Apa yang masyarakat perlu buat? Pertama sekali kembali kepada asas – segala apa yang kita tak pasti mesti dirujuk kepada ahlinya.
Ahli di sini bermaksud selalu perawatan standard yang telah pun dikenal pasti oleh kebanyakan dari doktor yang bertauliah bukan doktor yang berkuliah promote produk.
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 9/9/2022
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.












