
APA ISU PRU15? Ekonomi? Integriti? Kebajikan? Atau Recycle isu fitnah?
Saya melihat Pakatan Harapan (PH) khasnya melalui Lim Guan Eng (LGE) memuat naik semula isu fitnah RM90 juta. Isu itu telah selesai dengan penafian SPRM dan gagalnya pemfitnah seperti Husam dengan dakwaan cek bank dan Anwar dengan kertas photostat hitamnya.
Isu bayaran kepada Claire tidak timbul kerana isu pokok iaitu tiadanya bukti dan pendakwaan walaupun tempoh 22 bulan PH memerintah. Bagi saya tak timbul isu ‘buah yang gugur awal kerana pokoknya pun tak wujud’. Bodohlah orang yang membincangkan siapa ambil buah dari pokok yang sebenarnya tak ada pun.
PH ternyata terdesak untuk melupakan rakyat Malaysia mengenai kegagalan 22 bulan pemerintahan mereka. Kejayaan mengheret Najib sekerat jalan dan menyelamatkan LGE dengan menarik balik pertuduhan adalah kejayaan besar PH.
Mereka juga gagal meyakinkan rakyat bahawa negara hampir bankrap sedangkan PN telah membantu rakyat berbilion ringgit ketika COVID-19. Bantuan kebanggaan PH hanya RM30 hengget…
Antara kejayaan paling cemerlang PH ialah berjaya menabalkan bekas banduan kes liwat sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Namun usaha menabalkan bekas banduan itu sebagai Perdana Menteri tetap gagal.
Era pemerintahan PH menyaksikan tangkapan aktivis dan pimpinan dikaitkan dengan DAP yang dikaitkan dengan LTTE dilepaskan. Melalui Peguam Negara lantikan PH, mereka dilepaskan tanpa pendakwaan di mahkamah.
Paling ketara PH ternyata pembohong kerana tidak melaksanakan manifesto yang dijanjikan. Rakyat muak dengan dalih ‘manifesto bukan janji’ ‘saya bukan PM’ ‘itu bukan janji kami’ dan yang paling win alasan seorang Ahli Parlimen PH bahawa ‘Nabi pun tak tunai janji’. Kenyataan ini mengundang kritikan pedas banyak pihak yang mendorong ‘penjelasan semula’ Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Terlalu banyak dosa dan penipuan PH yang tak boleh diterima rakyat. Untuk bangkit semula PH tiada lagi isu khususnya kepada PAS. PH sangat sedar bahawa PAS adalah kunci kekuatan PN.
Di saat kritikan dan serangan kepada PAS bertali arus, PAS terus mengukuhkan kepercayaan rakyat. Dengan kuasa yang terbatas, PAS lakukan apa termampu. Paling penting rakyat sudah menerima PAS mampu mentadbir negara. Mungkin PRU15 langkah awal PAS memimpin negara dalam politik perpaduan dan penyatuan.
FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 8/9/2022
























