Penjaga gol Newcastle berhijrah ke Manchester United

- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Manchester United hampir melengkapkan pembelian penjaga gol Newcastle United, Martin Dubravka.

Bos Red Devils, Erik ten Hag, cuba mendapatkan penjaga gol gantian untuk pemain nombor satu, David de Gea berikutan perpindahan pinjaman Dean Henderson ke Nottingham Forest.

- Advertisement -

Ten Hag kini menumpukan perhatiannya kepada penjaga gol Slovakia, Dubravka, 33, yang berpindah ke Newcastle pada 2018.

Walaupun Dubravka adalah pemain tetap dalam Liga Perdana musim lalu, dia kehilangan tempat kepada pemain yang Magpies baru tandatangani, Nick Pope.

Martin Dubravka musim ini bukan lagi penjaga gawang nombor satu Newscastle

United setakat ini, menandatangani Christian Eriksen, Casemiro, Tyrell Malacia dan Lisandro Martinez pada musim panas ini.

- Advertisement -