Bagaimana media mencorakkan Kashmir?

- Advertisement -

“JIKA saya tanyakan kepada anda semua, apakah yang anda tahu mengenai Kashmir? Pasti jawapannya adalah Kashmir sebuah tempat yang indah dilitupi gunung-ganang yang menghijau, tumbuhan yang memukau dan hujan salji yang sangat mempesona.”

Inilah muqaddimah syarahan Nasir Qadri sepanjang keberadaan beliau di Malaysia. Selama kurang lebih 9 hari beliau menjelajah Malaysia untuk menyampaikan kesedaran kepada umat Islam mengenai krisis dan konflik yang melanda umat Islam di Kashmir. 

Beliau cuba menyampaikan kepada kita betapa media telah terputus daripada menyampaikan berita sebenar mengenai Kashmir. Media hanya menaikkan cerita-cerita yang indah mengenai Kashmir di sebalik tangisan dan darah umat Islam di sana. 

Kata beliau lagi, sesuatu yang sangat menyakitkan ketika umat Islam hanya mengenal Kashmir melalui keindahan muka buminya sahaja, kerana itu tandanya media telah berjaya membawa propaganda penjajahan India terhadap Kashmir semenjak 1947. 

Memang benar seluruh filem yang datang dari Bollywood akan memanfaatkan kecantikan muka bumi Kashmir. Misalnya filem Bhajrangi Bhaijaan dan banyak lagi. Bollywood hanya menunjukkan sisi indah Kashmir sahaja. Sehingga pandangan alam Muslim terhadap Kashmir hanya keindahan dan tiada penindasan. 

Ya, memang kita akui berita mengenai Kashmir sangat kurang berlegar dalam ruang media. Itulah yang mengakibatkan Nasir Qadri keluar dari Kashmir dan menubuhkan LFK untuk mengisi kelompongan ini. Beliau minta kepada kita untuk wujudkan unit khas bagi mengkaji konflik Kashmir secara akademik untuk membangunkan generasi baru.

3 permintaan beliau kepada kita:

1. Jangan putus berdoa untuk umat Islam di Kashmir.
2. Sampaikan berita penindasan rakyat Kashmir kepada orang ramai.
3. Bertimbang rasa untuk memboikot produk India.

Saya ada risalah kajian beliau. Jika kalian inginkan, boleh personal message pada saya.

ABDUL RAZAK RAMLI – HARAKAHDAILY 27/7/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100001866990952/posts/pfbid02wrAfsdThz5p2MWaPaa1dkknu8L3XgAkDQvB8RjsxxPH7JQujPZJdkTQH8Xo7efjTl/

- Advertisement -
- Advertisement -