Ahli perniagaan Saudi diculik di Lubnan

Dua pegawal keselamatan Lubnan berkawal di hadapan ibu pejabat polis di Beirut. (FOTO AFP)
- Advertisement -

BEIRUT: Pihak berkuasa Lubnan sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan Arab Saudi dilaporkan hilang selepas diculik di wilayah Lembah Bekaa di timur Lubnan.

Seorang pegawai kehakiman menurut laporan Middle East Eye berkata bahawa ahli perniagaan dikenali sebagai Hussein al-Shammari itu dikatakan mengunjungi wilayah berkenaan untuk membeli hartanah.

- Advertisement -

“Peras ugut meminta wang tebusan belum dikeluarkan tetapi lelaki itu berkemungkinan diculik dengan tujuan memeras ugutnya secara kewangan,” ujar pegawai berkenaan.

“Dalam pada itu, pendakwa raya Bekaa mengarahkan pasukan keselamatan  negara itu untuk menjalankan penyiasatan dan mengumpul maklumat mengenai keberadaan al-Shammari, yang berkemungkinan di kejiranan Al-Sharawneh, di pinggir bandar Baalbek, ujar pula seorang pegawai lain yang enggan namanya di sebut kepada AFP.

Pada bulan April lalu, seorang akauntan Mesir diculik di Baalbek sebelum berjaya diselamatkan pihak tentera selepas dua minggu dalam tahanan penculik. – HARAKAHDAILY 26/7/2022

- Advertisement -