Rakyat Australia digesa bekerja dari rumah

- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

SYDNEY: Di  tengah-tengah amaran terdapat peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 dalam komuniti berbanding yang dilaporkan secara rasmi, majikan di Australia digesa untuk membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, dan sentiasa memakai pelitup muka.

Ketua Pegawai Perubatan Persekutuan Australia, Paul Kelly berkata, majikan harus menyemak dasar kesihatan dan keselamatan pekerja  untuk membantu memperlahankan penyebaran subvarian Omicron yang sangat berjangkit.

- Advertisement -

“Majikan  harus mempertimbangkan kemungkinan beberapa pekerja bekerja dari rumah, memakai topeng di tempat kerja dan menyokong pekerja untuk bercuti apabila sakit,” katanya kepada The New Daily

Bercakap pada sidang akhbar di Canberra, Menteri Kesihatan Mark Butler berkata,  jumlah sebenar warga Australia yang dijangkiti Covid-19 berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada angka rasmi yang dicadangkan.

“Gelombang Omicron ketiga untuk 2022 ini terbukti sangat penting dan terdapat 300,000 kes atau lebih kurang dilaporkan sepanjang tujuh hari lepas, dan saya cukup yakin bahawa jumlah sebenar mungkin lebih daripada dua kali ganda.

“Kami melihat ratusan dan ratusan ribu rakyat Australia dijangkiti setiap minggu dalam gelombang ini. Sehingga hari ini, terdapat lebih 5,200 warga Australia di hospital positif Covid-19. Jumlah itu telah meningkat dengan sangat mendadak sejak beberapa minggu kebelakangan ini,” kata Butler.

Dorongan untuk lebih banyak bekerja dari rumah bertepatan dengan nasihat terkini daripada kerajaan negeri di Australia Selatan dan Victoria bahawa pelajar harus memakai topeng di dalam rumah di sekolah.

Sementara Jabatan Kesihatan Australia melaporkan Jawatankuasa Prinsipal Perlindungan Kesihatan Australia (AHPPC) telah mengulangi nasihatnya mengenai tempoh jangkitan semula, ujian dan pengasingan, pemakaian topeng, penggalak dan rawatan vaksin serta meminta majikan membenarkan bekerja dari rumah.

Menurut Jabatan itu, majikan harus menyemak risiko dan mitigasi kesihatan dan keselamatan pekerjaan mereka, dan rancangan kesinambungan perniagaan mereka. Semua pengesyoran ini adalah berdasarkan apa yang kami tahu berfungsi sama ada untuk mengurangkan penyebaran virus atau melindungi mereka yang paling berisiko mendapat penyakit teruk.

Jabatan Kesihatan Australia  dalam kenyataannya menggalakkan orang ramai untuk mengikuti nasihat AHPPC baru-baru ini dan memakai topeng apabila berada di luar rumah dalam persekitaran dalaman yang sesak, termasuk dalam pengangkutan awam.

Rakyat Australia digesa melakukan penjarakan fizikal, jika boleh, dan mengikuti amalan kebersihan yang baik memberikan lapisan perlindungan tambahan serta meakukan ujian jika anda mempunyai sebarang gejala dan tinggal di rumah jika anda mempunyai Covid-19.

“Semak kelayakan anda untuk rawatan antivirus dengan pembekal kesihatan biasa anda dan buat pelan rawatan Covid-19 supaya anda tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan untuk mengakses rawatan menyelamatkan nyawa itu sebelum anda jatuh sakit.

“Usaha untuk mengurangkan kesan Covid-19 adalah tanggungjawab bersama untuk semua orang. Kita semua boleh memainkan peranan dalam melindungi diri kita dan orang tersayang, hospital kita dan sistem kesihatan yang lebih luas, mereka yang paling berisiko, dan masyarakat secara keseluruhan,” jelas kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 20/7/2022.

- Advertisement -