‘PAS akan menang banyak kerusi PRU15’ – orang lama Umno

- Advertisement -

PRU15 kali ini berikan kelebihan kepada PAS. Bukan saya cakap, tapi Tun Daim Zainuddin yang cakap, orang lama Umno. 

Siap suruh berhati-hati dalam PRU nanti kerana PAS akan menang lebih banyak kerusi. Selain itu Kelantan, Terengganu dan Kedah akan terus kekal di bawah pemerintahan PAS.

Ini Tun Daim sendiri yang cakap, lain macam pula pandangan orang tua ini. 

Namun, jika kita telusuri secara dekat, ada benarnya pandangan Tun Daim ini. Dalam kalut ribut politik kini, PAS yang paling stabil. 

Berbeza dengan Umno dan PH. Kedua-duanya sedang bergolak dan masih belum selesai dengan baik. 

Umno selepas pendedahan Tajuddin, kelihatan makin nyata dan besar rekahannya, walaupun tak nampak zahir tapi amat dirasai.

Ahli Umno pastinya terkejut apabila Presiden mereka bekerjasama dalam senyap dengan PH mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. 

Tiada lagi hujah penyokong Umno yang diratib-ratib, Umno satu-satunya parti tak bekerjasama dengan DAP. Rupanya berasmara dalam semak.

Manakala penyokong PH pula hilang kata-kata, apabila dapat tahu Anwar bekerjasama dengan Umno yang mereka gelar sebagai kleptokrat. 

Masing-masing Umno dan PH, tidak stabil dari segi dukungan ahli, kerana kepercayaan mereka selama ini telah dihancurkan oleh kepimpinan parti.

Dari segi rakyat pula, isu integriti kepimpinan tertinggi Umno dan mungkir janji PH telah menjauhkan rakyat daripada kedua parti ini. 

Rekod bersih rasuah PAS di Kelantan 32 tahun dan rekod 90 peratus tunai janji manifesto di Terengganu sudah cukup membandingkan dengan Umno dan PH. 

Ditambah lagi dengan rekod nilai pelaburan tertinggi di Kedah menunjukkan kemampuan pimpinan PAS mengemudi ekonomi. 

Integriti, tunai janji dan pacu ekonomi merupakan aset besar PAS untuk kaut lebih banyak sokongan. 

Ditambah dengan perkara nombor 4, iaitu kestabilan PAS dalam arena politik negara, menjadikan pandangan Tun Daim itu ada benarnya. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 14/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -