Kerajaan Turki iktiraf Nurbalqis sebagai penterjemah

Diuji selama dua jam sebelum bergelar penterjemah profesional
- Advertisement -

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

ISTANBUL: Pelajar tahun dua jurusan Tafsiran dan Terjemahan Turki-Arab di Universiti Seljuk, Nurbalqis Abdul Rashid, mencatat sejarah apabila muncul sebagai penterjemah Bahasa Melayu-Turki pertama yang diiktiraf oleh kerajaan Turki.

Selain bahasa Melayu, beliau layak melakukan penterjemahan bahasa Turki ke bahasa Inggeris, Indonesia dan Arab serta sebaliknya.

- Advertisement -

Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) menyatakan bahawa Nurbalqis membuktikan bukan sahaja mampu menguasai bahasa Turki, malah menjadi seorang penterjemah profesional.

“Sebelum mendapat pengiktirafan ini, beliau melalui temuduga intensif selama dua jam yang mencabar, sekali gus membuktikan kesungguhannya menguasai Bahasa Turki,” kata MASAT dalam hantaran Facebook, kelmarin.

Surat pengiktirafan terhadap Nurbalqis Abdul Rashid sebagai penterjemah profesional

Mengikut MASAT, pelantikannya sebagai penterjemah bahasa Melayu-Turki yang pertama juga menjadi sumber motivasi kepada pelajar lain berjaya dalam bidang pengajian masing-masing. – HARAKAHDAILY 17/6/22

- Advertisement -