Motosikal elektrik UKKO S lebih prestasi dan keseronokan

- Advertisement -

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

Pameran Perdagangan Motosikal Antarabangsa China (CIMA) ke-19 di Chongqing, tahun lalu, mengejutkan penganalisis permotoran Barat apabila jenama motosikal elektrik tempatan, Tromox memperkenalkan motosikal elektrik baharu menakjubkan: UKKO S.

Menggantikan motosikal elektrik mini popular dan sering diperkatakan, MINO yang dilancarkan pada 2020, Tromox melancarkan UKKO S yang mewah dengan teknologi pengecasan pantas, dimensi lebih besar dan lebih berkuasa.

- Advertisement -

Edisi awal, MINO dibangunkan dengan sasaran utama ialah penunggang muda bandar yang ingin lebih kepantasan berbanding basikal elektrik.

Berbekalkan kelajuan dan kuasa lebih tinggi, UKKO S ialah motosikal elektrik baharu yang dibangunkan sepenuhnya menggunakan kerangka aloi aluminium yang ringan. Tork 203 Nm yang mengagumkan, motosikal ini membawa penunggang ke 100 km/j dalam 4.2 saat, prestasi yang menjanjikan keseronokan.

Sebagai kenderaan elektrik, pengguna boleh mengecas bateri dengan teknologi pengecasan reka bentuk baharu oleh Tromox. Bateri yang boleh ditanggalkan menggunakan pek bateri litium bilah gred automotif 72V/55Ah.

Teknologi permotoran China semakin berkembang dengan proses pembuatan UKKO S menggunakan kaedah canggih, termasuk robot argon bagi menghasilkan kimpalan sempurna.

UKKO S mempunyai mempunyai penampilan menarik dan segar di jalanan. Bagi penunggang muda, motosikal elektrik ini adalah alternatif kenderaan tradisional yang menyeronokkan. Motosikal elektrik ringan akan memainkan peranan penting dalam mobiliti peribadi, sama ada untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja atau hanya untuk keseronokan.

Syarikat yang boleh membuat ciptaan menggabungkan reka bentuk, teknologi dan mesra pengguna mempunyai peluang untuk berjaya. Tromox memahami perkara ini dengan UKKO S sebagai bukti, berjaya melancarkan penampilan unik yang menarik perhatian.

Reka bentuk UKKO S memenangi anugerah peringkat antarabangsa

UKKO S juga memenangi Anugerah Reka Bentuk iF 2022 sebagai antara pemenang utama reka bentuk terkenal dunia bagi kategori automobil/kenderaan.

Produk Tromox dengan ciri elektrik 100 peratus, reka bentuk unik, berteknologi tinggi dan prestasi unggul, memenangi hati 132 ahli juri elit global mengatasi hampir 11,000 penyertaan dari 57 negara.

Anugerah Reka Bentuk iF adalah antara anugerah reka bentuk utama dunia dan diiktiraf sebagai antara rujukan utama kualiti untuk reka bentuk luar biasa. Juri iF mengiktiraf UKKO S berdasarkan elemen kesan sosial, konsep reka bentuk dan perbezaan berbandung produk setara.

Tromox UKKO S direka untuk penunggang bergerak di bandar dan pinggir bandar berkonsepkan hijau dan mesra alam, bukan sahaja menggalakkan kemampanan menghadapi perubahan iklim, tetapi memacu penciptaan masa depan neutral karbon.

Kehadiran UKKO S selaras dengan trend masa depan teknologi mobiliti, yang dicari oleh pelumba muda global kerana penampilan tersendiri dan bergaya serta ciri rangkaian sosial yang unik, iaitu fungsi penderiaan automatik membolehkan penunggang berhubung dengan pengguna UKKO S lain.

“Anugerah iF menggambarkan kerja keras seluruh pasukan Tromox dalam reka bentuk UKKO S, motosikal elektrik pintar berkelajuan tinggi yang menawarkan pengguna rasa kawalan melebihi motosikal berkuasa bahan api,” kata pengasas Tromox, Porter Chen.

UKKO S menawarkan tunggangan menyeronokkan dan mesra alam sekitar

“Kami berbesar hati kerana reka bentuk kami diiktiraf oleh juri iF, Tromox akan menumpukan terhadap penciptaan produk berkaitan e-mobiliti yang boleh memberi sumbangan positif kepada melindungi alam sekitar dunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/6/2022

Spesifikasi UKKO S

Motor
4 kW berterusan
Puncak 8 kW
203 Nm
Kelajuan maksimum: 100 km/j

Dimensi
Ketinggian tempat duduk: 760 mm
Berat muatan: 170 kg
Berat bersih: 110 kg

Tayar dan brek
Tayar hadapan: 100/80-13
Tayar belakang: 120/70-13
CBS (Sistem Brek Gabungan): pilihan
ABS: pilihan

Bateri
Bateri 72V / 55Ah
Kapasiti: 3,96 Wh

- Advertisement -