Bersatu sifatkan PASLeak agenda terancang pihak lawan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Bersatu menyifatkan dokumen yang dinamakan PASLeak yang tersebar di media sosial baru-baru ini bertujuan merosakkan kepercayaan awam terhadap Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, agenda terancang itu dilihat lebih sebagai black ops yang dilakukan pihak tertentu.

- Advertisement -

Katanya tidak mustahil black ops itu dilakukan parti lawan selepas melihat pentadbiran kerajaan sekarang lebih aman dengan kerjasama banyak pihak.

“Dokumen seperti itu sangat mudah diciplak dengan hanya memerlukan seseorang menaip minit mesyuarat dan memaparkan nama pemimpin PAS atau Bersatu.

“Ia tidak mustahil lebih berbentuk black ops daripada pihak yang menuduh itu sendiri,” katanya selepas iftar bersama ketua dan timbalan ketua dari 33 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen Kota Bharu di sini semalam.

Dokumen yang didakwa minit mesyuarat sebuah parti politik yang dinamakan ‘PASLeak’ didakwa mendedahkan taktikal PN merancang menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional sebelum PRU-15.

Malah Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan dokumen terbabit sebagai surat layang yang tidak perlu dilayan. – HARAKAHDAILY 25/4/2022

- Advertisement -