Alumni al Azhar disaran jauhi perkara khilaf

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Seramai 350 lepasan Mahasiswa Universiti al-Azhar Mesir menyertai program Nostalgia El-Baramika anjuran Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Kelantan (ILMAM) bertempat di SMITI Tahfiz Tok Guru semalam.

Program itu diadakan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kerjaya.

- Advertisement -

Program tahunan tersebut menghimpunkan alumni Universiti al Azhar, tidak dapat diadakan tahun lepas akibat pandemik Covid 19, di mana kali terakhir dianjurkan pada 2019.

Program terbabit dimulakan dengan forum santai yang mengundang anggota Exco Kerajaan Negeri Tuan Saripuddin Tuan Ismail dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan Mohd Asri Mat Daud.

Manakala majlis penutup disempurnakan Ketua Penerangan PAS Kelantan Dato’ Mohd Nasuruddin Daud yang mengingatkan semua alumni al Azhar menjauhi perkara-perkara khilaf yang boleh membawa kepada perpecahan ummah.

“Isu-isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana dibimbangi boleh membawa suasana tidak tenteram dalam kalangan umat Islam, ” katanya.

Program terbabit diakhiri dengan jamuan berbuka puasa dan solat Maghrib berjamaah. – HARAKAHDAILY 24/4/2022

- Advertisement -