200 banjir landa Filipina: 25 maut

Kediaman penduduk tertimbus di bawah lumpur selepas tanah runtuh melanda perkampungan Bunga di selatan Filipina pada 11 April 2022. (Gambar Facebook/@philippinesdefense )
- Advertisement -

MANILA: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan hampir 200 banjir yang melanda bahagian tengah dan selatan Filipina, susulan ribut tropika Megi yang  menyebabkan hujan lebat di negara itu.

Pihak berkuasa Filipina dalam kenyataannya berkata, seramai 22 penduduk kampung maut akibat tanah runtuh di empat buah kampung di bandar Baybay di wilayah tengah Leyte pada Ahad (9 April) dan Isnin (10 April).

- Advertisement -

Menurut ketua polis bandar raya, Lt. Kol Joemen Collado, sekurang-kurangnya enam orang lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh dan usaha pencarian mangsa sedang dijalankan.

“Tiga lagi kematian berkaitan ribut dilaporkan oleh agensi tindak balas bencana utama kerajaan di wilayah selatan Davao de Oro dan Davao Oriental.

“Di sebuah kampung, tanah runtuh berlaku dan terdapat mangsa yang malangnya turut dihanyutkan oleh arus deras aliran air. Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan hilang dan jumlahnya dijangka meningkat,” ujar Collado kepada rangkaian radio DZBB. 

Tambah beliau, hampir 200 banjir yang dilaporkan di kawasan berbeza di wilayah tengah dan selatan Filipina  menyebabkan kira-kira 30,000 keluarga kehilangan tempat tinggal, beberapa daripadanya dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan.

Gambar udara menunjukkan lebuh raya dan kediaman penduduk ditenggelami air banjir di bandar Abuyog, wilayah Leyte, selatan Filipina, pada 11 April 2022, berikutan hujan lebat yang disebabkan oleh ribut Tropika Megi.- (FOTO AFP)

Pasukan pengawal pantai, polis dan bomba bergegas menyelamatkan beberapa penduduk kampung dalam kawasan yang dilanda banjir, termasuk ramai  yang terperangkap di atas bumbung kediaman mereka. 

Di tengah bandar raya Cebu, sekolah dan kerja ditutup  dan Datuk Bandar Michael Rama mengisytiharkan keadaan darurat untuk membolehkan pengeluaran dana kecemasan dengan cepat kepada mangsa.

Sekurang-kurangnya 20 ribut dan taufan membadai Filipina pada setiap tahun, kebanyakannya semasa musim hujan yang bermula sekitar Jun. 

Namun begitu, beberapa ribut telah melanda walaupun pada bulan-bulan musim panas yang terik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Filipina juga terletak di kawasan ‘Cincin Api’ Pasifik, di mana banyak berlaku letusan gunung berapi dan gempa bumi. – Agensi

- Advertisement -