Saudi umum lapan pembida layak untuk projek Khnaiguiyah

Laman Khnaigiuyah di Arab Saudi mempunyai potensi perlombongan besar kira-kira 25 juta tan bijih dengan 4.1 peratus zink dan 0.56 peratus tembaga. (FOTO Arab News)
- Advertisement -

RIYADH: Selaras dengan Wawasan 2030 Arab Saudi, yang ingin mengubah sektor perlombongan menjadi tonggak ketiga industri negara, Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral (MIM) mengumumkan lapan firma sebagai pembida yang layak untuk lesen carigali di Laman Khnaigiuyah, iaitu tapak bahan mineral terbesar di Saudi, menandakan berakhirnya peringkat pertama proses pusingan pelesenan.

- Advertisement -

Firma berkenaan terdiri daripada Alara Saudi Ventures PTY LTD; Syarikat Perlombongan Al Masane Al Kobra (AMAK); Essel Mining & Industries Limited; Ivanhoe Electric Inc; Moxico Resources PLC; Norin Mining Ltd; Syarikat Perlombongan Arab Saudi (Ma’aden); dan Vedanta Limited.

Laman Khnaigiuyah adalah tapak penerokaan terbesar di kawasan milik kerajaan seluas lebih 350 kilometer persegi dan mempunyai potensi perlombongan besar kira-kira 25 juta tan bijih pada 4.1 peratus zink dan 0.56 peratus tembaga.

Sehubungan itu, pembida yang layak akan menerima memorandum maklumat, yang menetapkan keperluan bagi pembida yang layak bagi mengemukakan cadangan terbaik mereka untuk tapak tersebut. 

Kesemua pembida itu diberikan tempoh masa dua bulan untuk menyiap dan mengemukakan cadangan mereka.

Penyerahan cadangan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria, termasuk terma teknikal dan komersial, kewangan; dan pelan pengurusan sosial dan alam sekitar.

Pembida yang layak kini boleh mengakses bilik data, yang akan dikemas kini tidak lama lagi dengan dokumentasi lanjut laporan teknikal bebas dan data tambahan yang berkaitan dengan tapak cari gali berkenaan seperti tinjauan tanah penuh dan kajian sosial yang dijalankan untuk tapak tersebut.

Kesemua firma berkenaan juga akan dijemput ke persidangan yang akan dianjurkan oleh kementerian itu pada Apri ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peringkat seterusnya proses pusingan pelesenan dan melawat tapak itu sendiri, sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Memandangkan penekanan yang diberikan oleh Saudi terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ketika ia berusaha untuk menerajui dan mengubah sektor perlombongan rantau ini, pembida perlu menunjukkan cara mereka akan menegakkan prinsip ini.

Selepas peringkat cadangan, pihak kementerian itu boleh memilih seorang pembida yang berjaya, yang akan memasuki rundingan akhir mengenai syarat-syarat lesen carigali, atau secara alternatif.

Jika dua atau lebih markah cadangan berada dalam julat perbandingan, kementerian akan menetapkan pembida tersebut sebagai ‘pembida berdaya saing’ dan menjemput mereka untuk mengambil bahagian dalam peringkat pusingan pelesenan terakhir dalam bentuk Lelongan Berbilang Pusingan.

Terdahulu, Kementerian Perindustrian dan Rekursus Mineral Saudi mengumumkan pelancaran pusingan pelesenan lesen penerokaan di Khnaigiuyah pada awal tahun ini. – SPA

- Advertisement -