Pameran Beijing Autoshow 2022 ditangguhkan kerana Covid-19

Pemeran Beijing Autoshow pada tahun 2020 pernah ditunda dari April ke September akibat penularan Covid-19. (FOTO dw.co)
- Advertisement -

BEIJING: Penganjur Pameran Beijing Autoshow 2022 yang dijadualkan diadakan pada akhir April ini telah ditangguhkan berikutan susulan peningkatan kes Covid-19 di China baru-baru ini.

“Penganjur acara mega itu, Auto China, masih belum memutuskan tarikh baharu,” kata sumber yang enggan dikenali kepada Reuters.

- Advertisement -

Auto China yang dihubungi Reuters bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. 

Pada ketika ini, China sedang memerangi gelombang terbesar kes Covid-19 yang menular di negara itu sejak ia  mula tercetus di Wuhan pada tahun 2020 dan beberapa wilayah telah melancarkan gerakan kawalan secara besar-besaran.

Pemeran Beijing Autoshow pada 2020 juga telah ditunda ke bulan September tahun dari April  tahun disebabkan penularan Covid-19. – Reuters

- Advertisement -