Kotak hitam kedua pesawat China yang terhempas belum ditemui

Pencarian kotak hitam kedua pesawat Boeing 737-800 China Easterns Airlines yang jatuh terhempas di lereng gunung daerah Tengxian, berhampiran banar Wouzhou di selatan China empat hari lepas masih diteruskan pada hari ini, 25 Mac 2022. (FOTO Xinhua)
- Advertisement -

BEIJING: Kotak hitam kedua pesawat Boeing 327-800 China Eastern Airlines yang terhempas pada 21 Mac lalu belum ditemui.

Agensi berita rasmi China, Xinhua pada hari Jumaat (25 Mac) mengesahkan mengenai perkara itu. Terdahulu CAAC News, media penerbitan yang diuruskan oleh pengawal selia penerbangan negara itu, berkata China telah menemui kotak hitam kedua, tetapi ia kemudian memadamkan siaran berita itu daripada platform media sosial rasminya.

- Advertisement -

Kerja-kerja mencari dan menyelamat susulan nahas itu telah memasuki hari keempat apabila awan ribut mulai reda  dengan usaha memfokuskan untuk mendapatkan  kotak hitam kedua manakala kotak hitam pertama yang ditemui pada 23 Mac lalu sedang dinyahkod dan dianalisis di Beijing.

“Perakam suara kokpit pesawat dari kotak hitam pertama yang ditemui itu  telah dihantar ke Beijing. 

“Ia mungkin mengambil masa 10 hingga 15 hari untuk sampai pada analisis awal, dan lebih lama sebelum kesimpulan akhir boleh dibentangkan dalam laporan,” lapor Xianhua.

Pekerja kecemasan di darat telah menyelusuri pergunungan yang dipenuhi hutan di daerah Tengxian di wilayah Guangxi selatan China untuk mencari mangsa Penerbangan MU5735 itu, namun setakat ini tiada mangsa yang terselamat ditemui setakat ini.

“Keutamaan kerja kami masih untuk mencari dan menyelamat,” kata Zhu Tao, ketua keselamatan penerbangan di Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Zhu Tao pada Khamis (24 Mac).

Kotak hitam pertama pesawat malang yang membawa 132 orang ini telah ditemui pada 23 Mac lalu. (FOTO Xinhua)

Siasatan diketuai oleh China, tetapi Amerika Syarikat dijemput untuk mengambil bahagian kerana Boeing 737-800 itu direka dan dikeluarkan di negara itu.

“Apabila kita memasuki peringkat siasatan kemalangan, kita akan menjemput pihak berkaitan untuk mengambil bahagian dalam siasatan kemalangan mengikut peraturan yang berkaitan, jelas Zhu.

Terdahulu, Setiausaha Pengangkutan AS, Pete Buttigieg berkata pada Rabu (23 Mac) berkata bahawa pihak berkuasa China telah menjemput Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS untuk mengambil bahagian dalam penyiasatan itu.

NTSB, bagaimanapun, kemudiannya berkata bahawa ia belum menentukan sama ada penyiasat akan pergi ke China berdasarkan keperluan visa dan kuarantin buat masa ini. – Agensi

- Advertisement -