Gempa bumi kuat gegar pantai timur Jepun: 4 maut,100 cedera

- Advertisement -

SHIROISHI: Empat orang dilaporkan maut dan lebih 100 lagi cedera di Jepun pada Khamis (17 Mac) selepas gempa bumi kuat semalaman menggegarkan sebahagian besar pantai timur dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud di luar pantai Fukushima antaranya telah menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan menyebabkan keretakan pada lebuh raya.

Sehubungan itu, amaran tsunami dengan kemunculan setinggi satu meter yang dikeluarkan di di bahagian timur laut Jepun pada awal pagi Khamis, selepas pihak berkuasa merekodkan paras air sehingga 30cm lebih tinggi daripada biasa di beberapa kawasan.

- Advertisement -

Beberapa gegaran kecil  berterusan melanda wilayah itu hingga pagi Khamis, beberapa hari selepas Jepun meraikan ulang tahun ke-11 gempa bumi besar, tsunami dan bencana nuklear di kawasan itu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kerosakan adalah minima, di negara dengan bangunan pintar yang dibina dengan keupayaan anti- kemusnahan akibat gempa bumi.

Jalan raya di Soma, Fukushima mengalami keretakan yang ketara pada 17 Mac 2022. (FOTO Kyodo/Reuters)

Jurucakap kerajaan Jepun, Hirokazu Matsuno dalam kenyataan pula ,mengumumkan  empat kematian, walaupun siasatan masih dijalankan bagi menentukan sama ada ia adalah akibat langsung daripada gempa bumi itu, selain 107 yang lain mengalami kecederaan.

Sementera  Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa bumi  itu berlaku pada kedalaman 60 kilometer kira-kira pada jam 11.30 malam dan didahului beberapa minit sebelum itu dengan gegaran 6.1 magnitud di kawasan yang sama.

Gempa bumi  itu juga menggegarkan Tokyo menyebabkan bekalan elektrik terputus menjejaslan kira-kira dua juta premis perniagaan dan kediaman, namun tetapi bekalan elektrik dipulihkan dipulihkan secara berperingkat.

Menjelang pagi Khamis ini, kira-kira 30,000 rumah masih terputus bekalan elektrikdengan 4,300 kediaman lain terputus bekalan air.Di tempat lain, beberapa kerosakan dilaporkan, termasuk tembok batu runtuh di tapak istana Aoba di Sendai, dan kereta api peluru Shinkansen tergelincir di utara bandar Fukushima.

Tiada kecederaan dalam kejadian kereta api yang  tergelincir itu, tetapi 75 penumpang dan tiga kakitangan di dalamnya terperangkap selama empat jam sebelum dapat menyelamatkan diri.Jepun terletak dalam ‘lingkaran api’  Pasifik, yang mempunyai aktiviti seismik aktif merentangi Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

Negara matahari terbit itu  kerap dilanda gempa bumi, tetapi masih dihantui malapetaka 2011 yang menyebabkan 18,500 orang maut atau hilang, kebanyakannya akibat tsunami. – AFP 

- Advertisement -