Gempa bumi 6.4 magnitud gegar pulau utama Filipina

- Advertisement -

MANILA: Satu gempa bumi kuat melanda pulau utama Filipina pada Ahad (13 Mac), menggegarkan bangunan di ibu negara Manila, tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan dan amaran tsunami tidak dikeluarkan.

US Geological Survey (USGS) dalam kenyataannya berkata, gempa bumi berukuran 6.4 magnitud itu melanda kira-kira 110 kilometer (68 batu) dari Morong di wilayah Bataan di pulau Luzon pada jam 5:05 pagi (2105 GMT), dengan penduduk di Manila berdekatan dikejutkan apabila bangunan yang menempatkan mereka bergegar.

- Advertisement -

Gempa bumi yang mencecah ukuran tersebut cenderung mengakibatkan kerosakan besar, namun Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata kerosakan belum dapat ditentukan

Pemangku Ketua Polos bandar Lubang di Occidental Mindoro, sebuah pulau di luar Luzon dalam kenyataannya berkata, gempa bumi berkenaan kuat dan menyebabkan bangunan bergegar.

“Orang ramai bagaimanapun sudah biasa dengan gempa bumi seperti ini jadi mereka tidak tergesa-gesa keluar atau panik,” katanya.

Sementara, Ketua polis Moron,  Kapten Michelle Gaziola pula memberitahu, gempa bumi itu  sebagai ‘agak kuat tetapi berlaku sekejap sahaja’.

“Kami (penduduk) okey. Kebanyakan orang masih tidur,” ujarnya.

Filipina kerap digegarkan oleh gempa bumi kerana lokasinya di ‘lingkaran api’ Pasifik, yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. – AFP

- Advertisement -