Ahli Parlimen Sik giat jayakan bekalan air masyarakat

Peruntukan KPLB bantu penyediaan dan selenggara projek

- Advertisement -

SIK: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sik menggiatkan usaha dan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memastikan perbekalan air ke rumah-rumah kediaman penduduk di daerah ini.

Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman memberitahu, peruntukan dana dipohon daripada KPLB itu adalah bagi mengadakan atau menaik taraf dan menyelenggara projek bekalan air masyarakat.

- Advertisement -

Menurutnya, projek yang mengambil sumber air dari aliran tadahan air semulajadi atau aliran sungai dari hutan rimba itu menjadi bekalan utama kepada penduduk di banyak kampung di daerah ini.

Terang beliau, projek bekalan air dari sumber tersebut diadakan berikutan penduduk tidak mendapat perkhidmatan bekalan air daripada operator sedia ada di negeri ini, selain ia lebih murah dan mudah didapati.

“Sebahagian mereka adalah bekerja sendiri ataupun sebagai penoreh getah. Mereka hanya membayar kos yang sangat minimalah untuk kerja-kerja penjagaan ataupun maintainance kepada projek ini. 

“Sumbernya sentiasa diselia dan dipantau oleh ahli jawatankuasa bekalan air penduduk kampung. Mereka laksanakan (projek ini) secara bergotong-royong untuk kerja-kerja pengurusan.

“Juga kerja maknanya membaik pulih ataupun kerja membaikilah (turut dilakukan secara gotong-royong) jika ada berlaku sebarang kerosakan dan sebagainya,” ujarnya beliau gembira dengan perkembangan itu.

Antara baharu disiapkan projek tersebut maklumnya, adalah di Kampung Hujung Bandar yang dapat membekalkan kepada lebih 200 keluarga di situ serta sekitarnya di mana projek seumpama akan dijalankan di 15 kampung

Katanya juga, kebanyakan kampung-kampung yang telah lama bergantung kepada bekalan air tersebut memerlukan naik taraf atau penyelenggaraan memandangkan prasarana sedia ada sudah uzur.

“Terbukti projek ini telah pun mewujudkan kerjasama dan muafakat yang sangat baiklah di kalangan para penduduk yang mereka menjadikan ia sebagai permuafakatan utuh bagi mereka menyelenggara projek ini untuk keselesaan keperluan air mereka. 

“Bagi pihak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sik mengucap terima kasih kepada pihak KPLB dan semua pihak yang telah menyempurnakan projek ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/3/2022

- Advertisement -