Arab Saudi, Iraq bincang kerjasama pertahanan

Timbalan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman (kanan) dan Menteri Pertahanan Iraq, Juma Inad Al-Jubouri mengadakan pertemuan di Riyadh pada 8 Mac, 2022 bagi membincangkan tentang hubungan dua hala, kerjasama dan penyelarasan dalam bidang pertahanan kedua-dua negara. (FOTO daripada Twitter: @kbsalsaud)
- Advertisement -

RIYADH: Timbalan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Iraq, Juma Inad Al-Jubouri di sini bagi membincangkan kerjasama dalam bidang pertahanan kedua-dua negara.

Putera Khalid dalam twitternya pada awal Selasa (8 Mac) memberitahu bahawa dia mengadakan perbincangan dengan Al-Jubouri bagi pihak Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman.

- Advertisement -

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan hubungan dua hala, kerjasama dan penyelarasan dalam bidang pertahanan, di samping beberapa isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama kedua-dua negara.

Terdahulu, Putera Khalid melawat Qatar pada Isnin (7 Mac) dan membincangkan kerjasama pertahanan bersama dengan emir negara itu, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani bagi mengkaji  lebih lanjut tentang hubungan dua hala antara kedua-dua negara. – Saudi Press Agency

- Advertisement -