Pagoh masih benteng kuat Abah

- Advertisement -

MUAR: Kurang seminggu lagi rakyat Johor akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan negeri yang baharu selepas berdepan kemelut politik sejak Mei 2018.

Tanggal 12 Mac ini menjadi detik bersejarah untuk meninggalkan politik lama yang hanya didominasi satu kelompok sahaja. Situasi sejak merdeka di mana Barisan Nasional (BN) yang menguasai mutlak politik negara dianggap banyak pihak sudah berakhir.

- Advertisement -

Lebih unik lagi politik Malaysia bukan meniru rentak negara maju dengan dua kelompok utama seperti Republikan dan Demokrat di Amerika Syarikat, sebaliknya mahu memperlihatkan muncul lebih banyak kumpulan.

Situasi itu diperlihatkan pada pilihan raya (PRN) Johor sekarang di mana wujud tiga kelompok besar iaitu BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Berdasar perkembangan semasa banyak pihak sukar meramalkan pemenang mutlak dengan mengambil komposisi kawasan campuran terdapat 40 Dun di Johor.

Bagaimanapun kawasan parlimen Pagoh memperlihatkan pengaruh PN dengan aura Abah yang menebal dalam kalangan penduduk tempatan. Malah PN dikatakan tidak berdepan laluan sukar untuk mempertahan Dun Bukit Pasir dan Bukit Kepong.

Dun terbabit sebelum ini dimenangi Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu dan Najib Lep (PAS).

Menurut petugas pilihan raya tempatan Umno agak sukar untuk kembali melebar pengaruh di kawasan Pagoh yang menjadi benteng Abah sejak sekian lama. – HARAKAHDAILY 6/3/2022

- Advertisement -