Warga Felda kenang jasa Muhyiddin Yassin

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Peluang hari mengundi 12 Mac ini akan dimanfaat warga Felda bagi mengenang jasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Calon Perikatan Nasional Dun Penawar, Mohd Faizal Asmar berkata, jasa bekas perdana menteri terbabit membantu warga Felda tidak dapat disangkal lagi.

- Advertisement -

Katanya, pelbagai inisiatif diberi kerajaan PN demi menaik taraf hidup warga Felda termasuk di Johor.

“Pelupusan hutang Felda sememangnya memberi impak yang amat besar kepada warga Felda bagi mengurangkan beban hutang yang mereka pikul sebelum ini,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Pada 8 Julai tahun lepas Muhyiddin mengumumkan kerajaan PN bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda yang berjumlah RM8.3 bilion.

Kata beliau, kerajaan bersetuju cadangan Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat.

Menurutnya langkah itu sebagai menghargai generasi awal yang berkorban keringat dan air mata bagi membangun tanah pertanian.

Penyelarasan tersebut meliputi sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM8 bilion, di mana ia memberi manfaat kepada 92,441 peneroka.

Mohd Faizal merupakan calon anak tempatan yang cakna dan memahami pemasalahan warga Felda.

Malah gerak kerja kempennya mendapat sambutan masyarakat peneroka. Semalam beliau menyantuni penduduk di Felda Air Tawar 1.

Pada lawatan itu beliau turut meluangkan masa melawat tapak rumah generasi kedua Felda Air Tawar 1. Selain itu meninjau tapak perkuburan Islam di Felda terbabit. – HARAKAHDAILY 3/3/2022

- Advertisement -