Tangani isu banjir fokus utama calon PN Dun Stulang

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlaku di kawasan KDSM Hajah Hasnah semalam mendapat perhatian segera calon Perikatan Nasional DUN Stulang Youis Yap.

Katanya, beliau bergegas ke lokasi berlaku banjir kilat bagi mengagihkan pek makanan dan bertanya khabar dengan penduduk terlibat.

- Advertisement -

“Pada malam tadi saya dan team jentera pilihan raya Perikatan Nasional menyiapkan 200 pek makanan dan diagihkan kepada mangsa banjir.

“Saya amat berdukacita terhadap bencana yang berlaku. Sekiranya diberi mandat rakyat nanti saya akan berusaha sedaya upaya memastikan kejadian seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.

“Tanggungjawab kami memastikan rakyat Stulang terus mendapat pembelaan,” katanya pada lontaran di laman sosialnya.

Penduduk Kampung Dato’ Hajah Hasnah Ahmad sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat.

Sementara itu Komuniti Bakar Batu memberitahu setiap kali hujan lebat, penduduk resah memikirkan air mudah melimpah ke dalam rumah mereka.

Katanya, air naik sehingga paras betis dan melimpah memasuki rumah penduduk.

“Penduduk yang terkesan tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya mahu masalah membelenggu kehidupan mereka sekian lama diselesaikan secepat mungkin.

“Kami di juga berharap pihak berwajib mengambil tindakan bagi menyelesaikan perkara itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/3/2022

- Advertisement -