Anak syarikat PKINK catat keuntungan RM68.5 juta

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Prestasi kewangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dijangka meningkat tahun ini biarpun masih bergelut penularan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, semua sektor mula menunjukkan peningkatan berbanding 2020 kecuali bidang hartanah.

Katanya, keuntungan sebelum cukai 18 kumpulan anak syarikat PKINK pada 2020 ialah RM43.3 juta, meningkat kepada RM68.5 juta tahun lepas.

- Advertisement -

“Kesan Covid-19 sebelum ini menyebabkan tujuh anak syarikat rugi, bagaimanapun sekarang empat daripadanya sudah mencatat keuntungan.

“InsyaAllah dua daripada tiga syarikat terbabit dijangka mencatat keuntungan tahun ini.

“Bagi tahun ini, prestasi keuntungan syarikat anak dijangka meningkat
daripada RM68.5 juta kepada RM72 juta.

“Ini satu pencapaian yang kita sasarkan,” katanya pada Majlis Anugerah Penarafan Bintang dan Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan PKINK tahun 2020 di sini malam tadi.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Ab Aziz juga berkata, pihaknya menggaris lima kriteri bagi memastikan PKINK sebagai salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri terus berdaya saing dalam era internet tanpa sempadan.

Menurutnya, PKINK dan kumpulan anak syarikatnya mempunyai potensi pada masa hadapan dengan mematuhi panduan syariah dalam penjanaan ekonomi negeri. – HARAKAHDAILY 28/2/2022

- Advertisement -