Rakyat China di Ukraine diarah pamer bendera negara pada kenderaan

Gambar fail bendera kebangsaan China dirakam di Beijing, China pada 29 April 2020. (FOTO Reuters)
- Advertisement -

BEIJING: Kedutaan China di Kyiv memberitahu rakyatnya di Ukraine supaya tinggal di kediaman mereka atau sekurang-kurangnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang bendera China pada kenderaan masing-masing jika perlu memandu ke mana-mana, berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine.

“Keadaan di Ukraine begitu membimbangkan ketika ini dan risiko keselamatan meningkat, dengan ketenteraman sosial berpotensi menjadi huru-hara.

“Bendera China boleh dilekatkan pada tempat yang jelas pada badan kenderaan masing-masing,” ujar jurucakap Kedutaan China di Ukraine. 

- Advertisement -

Semasa konflik ketenteraan Lubnan dengan Israel pada tahun 2006, kakitangan diplomatik China dan keluarga mereka yang mengosongkan kedutaan di Beirut telah menyarungkan kenderaan mereka dengan bendera kebangsaan China untuk mengelak daripada disasarkan secara rawak.

China setakat ini tidak memberitahu rakyatnya untuk meninggalkan Ukraine. Nasihat keselamatan yang dikeluarkan oleh kedutaan awal minggu ini telah memberi amaran kepada warga China supaya menyimpan bekalan barangan keperluan harian seperti makanan dan air. – Reuters

- Advertisement -