
KABUL: Kanak-kanak berusia lima tahun, Haidar akhirnya meninggal dunia selepas tiga hari terperangkap akibat terjatuh ke dalam sebuah perigi di sebuah kampung terpencil di Afghanistan, mengulangi kejadian yang menimpa Rayan Awram, juga lima tahun yang meninggal dunia selepas lima hari terperangkap selepas terjatuh dalam sebuah perigi di Maghribi baru-baru ini.
Pegawai Taliban dalam kenyataannya pada Jumaat (18 Feb) berkata, pada Selasa (15 Feb) lalu, Haidar terjatuh ke dalam sebuah perigi pada kedalaman 25 meter yang digali di Shokak, sebuah perkampungan gersang di wilayah Zabul, kira-kira 400 kilometer di barat daya ibu kota Kabul.
“Dengan penuh kesedihan, Haidar dipisahkan daripada kami selama-lamanya,” kata Penasihat Kanan Kementerian Dalam Negeri Taliban, Anas Haqqani melalui Twitternya
Pasukan penyelamat bekerja sepanjang malam untuk cuba menyelamatkan Haidar, namun usaja itu gagal apabila dia ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
Datuk budak lelaki itu, Haji Abdul Hadi, 50, berkata Haidar terjatuh ke dalam perigi ketika dia cuba membantu orang-orang dewasa lain menggali lubang baharu di kampung yang dilanda kemarau itu.
Pihak Taliban turut menyiarkan video operasi menyelamat Haidar dilakukan, membuktikan bahawa membuktikan rejim baharu yang dikritik secara meluas sebelum ini atas dakwaan pencabulan hak, sebenarnya begitu prihatin dengan kebajikan rakyatnya. – Agensi




















