Menteri Perancis sokong pemain bola sepak wanita bertudung

- Advertisement -

PARIS: Menteri Hal Ehwal Kesaksamaan Jantina Perancis, Elisabeth Moreno mengeluarkan kenyataan pada Khamis (10 Feb) menyokong pemain bola sepak wanita Islam yang berusaha membatalkan larangan pemakaian tudung ketika beraksi di padang.

Peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis pada masa ini menghalang pemain  yang menyertai perlawanan daripada memakai apa yang dilabelkannya sebagai simbol agama yang ‘ketara’ seperti tudung untuk  orang Islam atau ‘kippa’ bagi golongan Yahudi.

- Advertisement -

Sehubungan itu, sebuah gerakan wanita yang dikenali sebagai ‘les Hijabeuses’ pada Nov tahun lalu telah mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar peraturan tersebut yang disifatkan sebagai telah melakukan diskriminasi dan pelanggaran hak dalam mengamalkan tuntutan agama mereka.

Moreno dalam kenyataannya dalam siaran televisyen LCI berkata, undang-undang mengatakan bahawa golongan wanita muda boleh bertudung dan bermain bola sepak. 

“Di padang bola sekarang ini, tudung tidak dilarang. Saya mahu undang-undang dihormati.

“Golongan wanita boleh bebas memakai apa sahaja di tempat-tempat awam. Perjuangan saya adalah untuk melindungi mereka yang memakai tudung,” tegasnya.

Isu berkenaan mula hanya diperkatakan dua bulan selepas pilihan raya Presiden Perancis  susulan negara yang mengekalkan bentuk sekularisme ketat bertujuan untuk memisahkan  antara negara dan agama.

Senat Perancis yang didominasi oleh parti sayap kanan Republikan pada Jan tahun ini mencadangkan undang-undang bagi melarang pemakaian simbol agama yang jelas dalam semua perlawanan sukan di negara itu.memegang majoriti.

Namun pada Rabu (9 Feb) lalu, Dewan Rakyat Perancis menolak  cadangan tersebut, yang mana parti pimpinan Presiden Emmanuel Macron, Republic on the Move (REM) dan sekutunya memegang kuasa majoriti.

Undang-undang Perancis mengenai sekularisme sebelum ini menjamin kebebasan beragama dalam kalangan semua rakyatnya, dan tidak mengandungi peruntukan mengenai larangan pemakaian simbol agama di ruang awam, kecuali penutup muka penuh yang diharamkan pada 2010.

Kakitangan institusi negara juga dilarang mempamerkan agama mereka, begitu juga dengan pelajar sekolah.

Ramai ahli politik sayap kanan di Perancis bagaimanapun mahu meluaskan sekatan ke atas pemakaian tudung dan melihat kebebasan bertudung di negara itu sebagai kenyataan politik yang menyokong Islamisme dan menghina nilai-nilai Perancis.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga, golongan tersebut  telah mencadangkan larangan terhadap golongan ibu yang menemani anak-anak ke sekolah daripada memakai tudung, dan telah berusaha untuk melarang pakaian renang seluruh badan yang dikenali sebagai burkini bagi orang Islam. – AFP

- Advertisement -