17 maut di Argentina akibat kokain beracun

- Advertisement -

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan 56 lagi dimasukkan ke hospital di pinggir barat laut dekat sini selepas mengambil potongan kokain dengan bahan toksik, yang berkemungkinan opioid.

Pegawai perubatan Argentina pada Rabu (2 Feb) berkata, mereka sedang berusaha untuk menentukan bahan campuran kokain itu, tetapi memberi amaran kepada individu lain yang telah membeli dadah itu sejak 24 jam lalu agar segera membuangnya.

- Advertisement -

Ketua keselamatan wilayah Buenos Aires, Segio Berni dalam kenyataannya melalui  memberitahu saluran televisyen Telefe pula berkata,  pihak berkuasa sedang cuba mengesan bahan toksik itu agar ia tidak berterusan diedarkan kepada orang ramai.

Terdahulu, kira-kira 10 orang telah ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah di kawasan miskin Tres de Febrero, lokasi  kokain berkenaan dijual. Paket kokain jenis yang sama juga telah dikumpulkan daripada oleh ahli keluarga mangsa terbabit.

Dadah itu kemudian dibawa ke makmal di La Plata, ibu kota wilayah Buenos Aires, untuk dianalisis.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran segera awal Rabu selepas tiga buah hospital berasingan melaporkan beberapa kematian dan kes keracunan yang serius akibat kokain berkenaan. 

Pada ketika yang sama, lapan buah hospital sedang merawat pesakit kemudian memberitahu doktor bahawa mereka telah mengambil kokain tersebut.

Laporan awal mengatakan mangsa mengalami sawan dan serangan jantung secara tiba-tiba.

Pihak berkuasa kesihatan berkata sekurang-kurangnya empat daripada mangsa adalah lelaki berumur antara 32 dan 45 tahun.

“Kokain jenis ini bertindak dengan menyerang sistem sel saraf individu yang mengunakannya,” ujar Berni.

Pejabatnya berkata pada lewat Rabu bahawa unit perkhidmatan kecemasan melaporkan pesakit-pesakit baharu yang berada dalam keadaan kritikal telah dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa kini bimbang jumlah kematian mungkin meningkat, dengan beberapa orang yang membeli kokain tidak sempat sampai ke hospital untuk menerima rawatan. – AFP

- Advertisement -