India siap sedia hadapi gelombang besar Omicron

Kes jangkitan Omicron dijangka bertambah dengan banyak di India bersempena perhimpunan besar-besaran yang bakal dianjurkan pemimpin-pemimpin politik bagi pilihan raya utama di negara itu tidak lama lagi. (FOTO CNN)
- Advertisement -

NEW DELHI: Pihak hospital di India bersiap sedia untuk menghadapi gelombang ketiga yang berpotensi didorong oleh Omicron, susulan kes jangkitan baharu varian Covid-19 itu  yang  meningkat, dalam pada pemimpin-pemimpin politik di negara itu bakal mengadakan perhimpunan besar-besaran menjelang pilihan raya utama.

Pada minggu lalu, bilangan kes Omicron di India meningkat lebih daripada tiga kali ganda, dengan 781 jangkitan kini direkodkan, berbanding 236 kes pada Selasa pada minggu sebelumnya.

- Advertisement -

Bilangan sebenar kes Omicron di negara dengan populasi 1.3 bilion penduduk itu berkemungkinan lebih tinggi daripada angka rasmi berdasarkan kepada bilangan ujian bagi mengesan Covid-19 yang tidak mencukupi.

Ketua Covid Task Force India, VK Paul berkata, jika India melihat corak yang sama seperti United Kingdom, dan jika populasi kedua-dua negara dibuat perbandingan, 80,000 kes harian di UK bermakna  adalah kira0kira 1.4 juta kes Covid-19 setiap hari di India.

Sejak sebulan lalu, India terus melaporkan 6,000 hingga 9,000 kes Covid-19 setiap hari, tetapi beberapa bandar besar di negara itu telah mengalami peningkatan jangkitan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Mumbai telah melaporkan 600 hingga 800 kes harian baharu berbanding pada minggu sebelumnya, merekodkan 2,510 kes pada hari Rabu (29 Dis). 

Ibu negara India, New Delhi pula menyaksikan lebih daripada 900 kes pada hari Rabu (29 Dis),  peningkatan mendadak dari awal bulan.

Kementerian Kesihatan Persekutuan India memberi amaran pada minggu lalu tentang ‘tanda awal lonjakan kes Covid-19’, dengan penyelidik di Institut Teknologi India mengunjurkan gelombang ketiga boleh memuncak antara lewat musim sejuk dan awal musim bunga.

Menurut data John Hopkins University, setakat ini, kira-kira 577 juta penduduk India sudah divaksin  yang meliputi 42.2 peratus daripada populasi negara itu.

Dan mulai awal Januari 2022 pula, India akan mula memulakan vaksinasi kepada golongan remaja  berumur 15 hingga 18 tahun, serta suntikan penggalak untuk kumpulan keutamaan seperti pekerja penjagaan kesihatan dan warga emas.

Di India, risiko virus Covid-19 merebak dengan cepat ditambah adalah dengan fakta bahawa orang ramai  sudah tidak lagi berhenti memakai pelitup muka, kurang kerap menjalani ujian virus tersebut berbanding sebelum ini, dan berkumpul dalam jumlah yang besar. – CNN

- Advertisement -