Mangsa kelima mati, penembak dikenal pasti

- Advertisement -

DENVER: Kerani hotel lelaki yang sebelum ini cedera parah ditembak seorang lelaki bersenjata, turut maut semalam, menjadikan keseluruhan mangsa yang mati seramai lima orang.

Polis Denver dan Lakewood di pinggir bandar ini, mengumumkan kematian terbaharu ini, ketika memberi taklimat media sehari selepas kejadian lewat petang Isnin lalu.

- Advertisement -

Lelaki bersenjata yang menembak pula dikenali sebagai Lyndon James MvLeod, 47. Bagaimanapun, polis setakat ini tidak menyatakan motif kejadian dan latar belakang penembak.

Polis menyatakan bahawa hanya mangsa terakhir yang mati, iaitu kerani hotel mengenali penembak terbabit, tetapi tidak menerangkan hubungan mereka.

McLeod pula maut dalam kejadian tembak menambak dengan seorang anggota polis wanita Lakewood yang walaupun terkena tembakan pada perutnya, dapat membalas tembakan yang menyebabkan lelaki terbabit tewas.

Jurucakap polis Lakewood, John Romero, enggan memberitahu nama pegawai polis berkenaan yang telah berkhidmat selama tiga tahun, tetapi menyifatkan tindakannya sebagai aksi wirawati.

“Dia berjaya menangani situasi dahsyat ini dan sanggup membahayakan dirinya untuk menghalang perbuatan ganas lelaki terbabit,” katanya yang memberitahu pegawai berkenaan telah menjalani pembedahan dan dijangka dapat melepasi sistuasi itu dengan baik.

Ketua Polis Denver, Paul Pazen, berkata McLeod yang berada dalam pemerhatian pihak berkuasa pernah disiasat kerana kejadian serupa pada tahun lalu dan tahun ini, tetapi tidak pernah didakwa.

Bagaimanapun, Pazen enggan membincangkan bentuk siasatan yang dijalankan.

Polis berkata, kejadian tembakan bermula selepas jam 5 petang Isnin lalu apabila McLeod memasuki kedai tatu di pinggir Denver dan membunuh dua perempuan dan mencederakan seorang lelaki.

Dia kemudian menembak mati seorang lelaki di sebuah rumah di timur Denver sebelum melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai sesiapa.

Menurut polis, McLeod kemudian terbabit dalam tembak menembak dengan polis Denver yang memburunya.

McLeod kemudian memandu ke Lakewood dan memasuki sebuah kedai tatu lalu menembak mati seorang lelaki di situ dan kemudian membunuh mangsa terakhir, seorang kerani hotel sebelum dia ditembak mati pegawai polis wanita Lakewood. – REUTERS

- Advertisement -