Empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di London

Anggota bomba di lokasi kebakaran di Sutton, selatan London yang menyebabkan empat kanak-kanak maut pada 16 Dis 2021. (FOTO AP)
- Advertisement -

LONDON: Empat kanak-kanak maut selepas kebakaran melanda sebuah rumah di selatan London, kata pihak berkuasa pada malam Khamis (16 Nov) waktu tempatan.

Kira-kira 60 anggota bomba dikerah untuk memadamkan api yang marak dengan cepat bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dalam kejadian di Sutton itu.

- Advertisement -

Keempat-empat kanak-kanak itu yang umurnya belum didedahkan dan dipercayai mempunyai tali persaudaraan itu kemudian dirawat di tempat kejadian dan dibawa ke hospital di mana mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia, lapor AP.

Pesuruhjaya Bomba London,  Andy Roe  berkata, insiden tersebut begitu menyayat hati.

“Saya bersimpati dengan keluarga dan rakan-rakan kanak-kanak berkenaan, seluruh masyarakat setempat dan semua yang terjejas oleh kebakaran ini,” ujarnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.– HARAKAHDAILY 17/12/202

- Advertisement -